ASSALAMUALAIKUM
KHABAR DUKA
Tatkala hujan gerimis aku menerima khabar via whatsApp daripada adikku bahawa Wati anak saudaranya dan suaminya telah meninggal dunia. Aku sebak. Menitis air mataku. Wati ketika kecil tinggal bersama datuknya sehingga dia menamatkan persekolahan dan bekerja sebagai penjawat awam. Bertemu jodoh dan berkahwin. Dan aku memang mengenalinya kerana dia sering menemani adikku ke rumahku
Wati koma belasan tahun setelah mengalami komplikasi tekanan darah tinggi tika melahirkan anaknya yang kedua. Ibu bapa dan adik-adiknya menjaga keMasylahatannya. Selama dia koma aku pasti dia perih merasai kehilangan datuk, nenek, ayah, ibu, anak, adiknya berlalu pergi dari sisinya seorang demi seorang mengadap Ilahi. Kini dia mengakhiri ujian kehidupannya dengan tenang berbahagia ke sana menemui-Nya dan semua kecintaannya.
Innalillahiwainnailaihirojiun...al-fatihah.
hujan gerimis –
anak saudara adik
ujian akhir
إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ,
ReplyDeleteTksh anies
Deletesalam takziah buat kak PI sekeluarga
ReplyDeletetksh ana
DeleteInnalillahi wa inna ilaihi roji'un.
ReplyDeletetksh dik
DeleteSalam takziah buat Kak Paridah
ReplyDeletetksh syaz
DeleteInnalillahi wa inna ilaihi roji'un. Semoga rohnya ditempatkan bersama roh org2 yg beriman...
ReplyDeleteamiin tksh cikgu
Deleteإِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
ReplyDeletetksh ciksu
DeleteInnalillahi wainna ilaihi rajiun... Semoga syurga yg mudah buat beliau... Amin
ReplyDeleteamiin tksh dik
DeleteInnalilahi wainnailaihi Raji'un. Wati meninggal bersama dengan suaminya juga kah kak? Sudah koma lama, dan kini menghadap illahi. Semoga diampuni segala kesalahan, diterima amal kebaikan dan keluarga yg ditinggal bisa ikhlas dan kuat 🙏
ReplyDelete