ASSALAMUALAIKUM
HARI PENEROKA FELDA 7777
HARI PENEROKA 7777
Sangat meriah sekali
sambutan Hari Peneroka pada tarikh tersebut di Felda Ulu Jempol tempat
tinggalku. Ramai yang tidak keberatan menggabungkan diri. Maklumlah teruja
hendak meraikan sambutan Hari Peneroka yang diadakan buat kali pertama lah katakana.
Pada sebelah siangnya
diadakan pameran kraftangan, masakan kuih-mueh, lauk-pauk, kek, gubahan bunga
dll oleh wanita perkumpulan GPW rancangan.
Bahan-bahan itu
dipertandingkan pula. Maknanya yang dipilih juri dan diletakkan nombor 1, 2
atau 3 akan ada hadiah yang menantinya.
Hadiah-hadiahnya
disampaikan YB ADUN TAJAU untuk pelbagai kartegori pada acara tersebut. Aku
pula ditugaskan membawa talam berisi hadiah yang akan disampaikan YB kepada
penerimanya. Banyak gambar- gambar menarik dirakamkan sempena insiden bersejarah tersebut
oleh seorang sahabat juga pegawai FELDA di sini.
Aku membelinya sekeping
saja dan bercadang menjadi kembaran pada berita akan kutulis mengenainya.
Mencuba nasib sebagai penulis berita secara suka-suka. Dalam foto itu terselit
juga keberadaanku sisi YB. Tapi tidak ketara sangat.
Wah! Sungguh takku duga tulisanku itu disiarkan dalam Utusan Malaysia terbitan
July. Tarikhnya aku dah lupa.
Ekoran berita disiarkan Utusan Malaysia itu ada pula yang
merungut, kononnya aku tidak masukan fakta sebenar siapa yang terlibat.
Aku diam saja. Mengaku saja kesilapan yang tidak
tersengaja. Lagipun aku pun baru belajar menulis di akhbar.
Dan kini setiap kali sambutan HARI PENEROKA pada 7 July setiap tahun terimbau
kembali peristiwa 7777.
cantik angka siri 7777 tu kak PI :)
ReplyDeletetksh ana ya angka sejarah
Delete