ASSALAMUALAIKUM
JANTUNG BERLUBANG
.
Sahabatku penulis Dzil Majid berkongsi kisah kedukaannya dan keluarga dalam hantarannya @facebook kerana cucunya yang pertama disahkan doktor mengalami sakit jantung berlubang tika dilahirkan. Dan doktor berkenaan telah menulis surat kematiannya pada tarikh sekian-sekian. Bayi kecil amat comel itu bagaikan telah dijatuhkan hukuman mati. Kesedihan ibu bapanya dan keluarga sahabatku terlalu dan tidak terdaya diceterakan rupanya.
Aku membalas hantarannya, memintanya dan keluarganya tabah mendepani ujian-Nya. Dan mendoakan agar bayi syurga itu segera afiat sejahtera. Setiap sesuatu yang berlaku hanya dengan izin-Nya. Aku teringat kisah Aizul anak jiranku Zai dan Hamid. Aizul sebaya dengan anakku yang bongsu. Aku dan Zai sering bersama ke klinik ante-natal. Aizul dilahirkan mengalami sakit jantung berlubang. Zai dan Hamid asyik berulang ke hospital di Mentakab untuk merawat Aizul mengikut jadual ditetapkan. Jauh juga jaraknya antara kampungku ke Mentakab. Tapi kasih sayang ibu ayah demi kemasyhlahatan anaknya, sanggup mengatasi segala kesusahannya. Aku tidak pernah pula mendengar Zai atau Hamid bercerita bahawa doktor berkata, Aizul akan mati kerana jantungnya berlubang. Kini Aizul sebagai ustaz telah berkahwin dan memiliki dua orang anak.
mendung kelabu –
bayi pesakit jantung
keajaiban
Rabia pun jantung berlubang juga tapi dh lakukan operation di IJN masa umur 10 tahun.skrg rabia umur 28 tahun.
ReplyDeleteKalau belum ajal...memang belum akan pergi...maka reda saja dengan ketentuan Allah SWT
ReplyDeleteMana boleh doktor tu tetapkan sekian sekian tarikh kematiannya
ReplyDelete