ASSALAMUALAIKUM
SEJARAH
BERDARAH
Layar
imbau mencitra bayangan ilam. Roda hayat bergulir di lebuh raya destinasi. Saat
mentari mendung galau merundung. Jentera berat melilau lalu. Melinglung. Getar
suara imamku, “Mengucap!”Bersyahadah bibir terketar. Tiada bicara. Monolog hati
bisu; “aku reda menemui-Mu. Tapi Kau selamatkanlah imamku, putera, puteri kecilku.
Putera bungsu kudakap erat, lindung bahana hentaman duga. Darah melimpah. Usia masih bersisa. Di sini
mengenangnya. Saban tahun Julai berulang. Luka sejarah berdarah perihnya belum
hilang. Air mata bergenang, mengenang.
Apakah yang berlaku pada bulan Julai yang dulu.. Apa pun semoga kita sentiasa diletakkan di atas jalan yg lurus menuju ilahi .. Amin
ReplyDeleteamiin ...tksh dik cerita kak n famili eksiden di lebuh raya Karak pada 6.7.87 ...akibatnya kak separa lumpuh hingga kini
Delete