Tuesday 2 July 2024

PESONA UNGGAS

ASSALAMUALAIKUM


PIC GOOGLE IMAGES(C)


AMAN DAMAI

.

impi capai

siang malam hanya gema letupan

.

nyawa oleng

janji aman damai atas kertas

.

jaja kebijaksanaan

genosida warga Gaza solusi mudah

.

perintah Amerika

adikuasa dunia tekan Zionis terima

.

syarat kemuka

jadual lengah alasan tinggal medan

.

gagal ketetapan

resolusi semata penjarah masih meraja

.

manusiawi halus

penyeksaan menular empati  seantero marcapada

 

drama zalim

episod terhenti tiada bersambung lagi

 

 

PESONA UNGGAS

 

.

merak mengigal

lorek urna bilah sayap kibar

.

cenderawasih kayangan

rimba dara rimbun redup lindung

.

sekawan gagak

kota batu singgahan umur hayat

.

merpati putih

banjir besar utusan Nabi Noh

.

layang lelayang

ruang angkasa lintas himpun khabar

.

ababil styrga

tentera bergajah Abrahah hancur luluh

.

pipit kecil

padam api bakar Nabi Ibrahim

.

kembara hud-hud

Nabi Sulaiman sulam iman Balqis

 

 

SAHAM

 

 

pelaburan Yahudi

ekonomi negara kemelesetan mangkin memuncak

.

timbunan wang

pertukaran milik saham tukar tangan

.

ubah persepsi

prinsip mengikut sepoi deru angin

.

syarikat gergasi

pemain dagang gempur kemelaratan warga

.

boikot terhenti

pesona mewah dunia mengujakan amat

.

lerai masalah

kesulitan beban hidup pinggir segera

.

miskin daif

kesukaran mengikat perut perlu hindar

.

lupakan tanggungjawab

Muslimin  sejati membantu saudara teraniaya

 


No comments:

Post a Comment

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist