Tuesday, 16 July 2024

BUBUR ASYURA

 ASSALAMUALAIKUM


BUBUR ASYURA

.



Ramai  antara kita berpuasa sunat semalam dan hari ini  sempena  Muharam sambil mengacau bubur asyura dengan resepi kesukaan masing-masing. Ada  yang suka bubur asyura yang manis dan ada yang pilih rasa pedas. Mereka yang berasal dari  pantai timur menyukai bubur asyura begini. Bagiku tak jadi masalah rasa dan rupa asyura itu. Apa  yang penting kesedapannya.

Di Serendah tempat tinggalku, bubur asyuranya seperti bubur lambuk. Agak cair dan tidak kental.

Mengacau bubur asyura amat mengambil masa. Berjam-jam lamanya. Apalagi bubur asyura diperbuat daripada beras dan bukan tepung beras. Tapi aku menyukai bubur asyura resipi tradisi utara dengan bahan utamanya tepung beras, santan, gula, kacang hijau, keledek, pisang dan jagung. Rasanya manis bersahaja.

 

.

bubur asyura -

bahan adun aneka

uja pilihan

 


4 comments:

  1. Aissh kak PI. Nak rasa pula saya 😍. Saya pun suka bubur. Aneka bubur, yg pedas ataupun manis 👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. tksh fanny ya sedar bubur ni mesti rasa

      Delete
  2. Dana pun baru makan bubur asyura jugak kak... di Serendah tu masak bubur asyura gaya Johor kot kak... sebab kalah belah sana rupanya macam bubur lambuk

    ReplyDelete
    Replies
    1. tksh dana ya agaknya asyura tu style Johor sedap juga

      Delete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist