Monday 1 July 2024

KARYA HILANG

 ASSALAMUALAIKUM


KARYA PILIHAN @GRAHA KARYA TERIMA KASIH SIFU TABIR ALAM




KARYA HILANG

 

Aku terbaca hantaran sahabatku SZA @facebook tentang banyak karya penulisannya telah hanyut dibawa arus masa. Hilang  tanpa kesan. Ada seorang penulis membalas komen bercerita beliau menulis karyanya dengan pen saja dan menghantarnya pada penerbit. Karyanya itu disiarkan. Tapi hilang pula daripada simpanannya. Aku teringat coretan penulis Dzil Majid yang mengatakan beliau juga menulis karya dengan pen saja. Dan karyanya diterima penerbit untuk siaran. Begitu gigih penulis era dahulu berkarya. Sama juga kisahnya denganku. Tapi aku berpeluang menggunakan mesin taip pejabat. Tidaklah menggunakan pen untuk menulis karya. Tika awal penglibatanku dalam arena penulisan akhir tahun 70-an beberapa karyaku berupa sajak, disiarkan majalah Peneroka berjudul ‘Untukmu Nendaku dan sebuah lagi sudah terlupa judulnya. Dewan Sastera pula siarkan sajakku berjudul ‘Perkahwinan’. Rencana berita, secebis kisah, resipi disiarkan   akhbar Utusan Malaysia. Setelah aku berkahwin dan tinggal di rumah sendiri tidak pula aku teringat untuk membawa harta karyaku itu bersama. Akhirnya dipandang sebagai sarap semata dan dibuang pengurus rumah ibubapaku. Salahku juga kerana tidak mengambil berat tentang sejarah kehidupanku. Aku hanya boleh bercerita berdasarkan kenangan tanpa bukti. Aku pun langsung tidak terfikir pada usia senja akan menulis lagi. Tapi takdir meletakkanku di lorong sastera setelah meninggalkannya sekian lama.    


2 comments:

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist