ASSALAMUALAIKUM
TEKA TEKI
Seorang
saudagar singgah di sebuah warung. Sekumpulan lelaki sedang leka bersembang.
Dia menghampiri mereka lalu member salam, bertanya khabar dan turut menyertai
mereka. Perbualan menjadi bertambah rancak.
“Cuba
sahabat semua menjawa teka teki hamba. Kalau jawapannya betul, hamba akan
berikan hadiah seribu dinar.”
“Benarkah?
Cuba Tuan katakannya!” sahut salah seorang lelaki di situ keterujaan kerana
hadiah yang ditawarkan begitu lumayan.
“Apakah
benda begitu berat tetapi terapung?” Tanya saudagar itu.
“Awan!”
pantas jawapan diberikan lelaki itu.
“Bukan!”
balas saudagar seraya tergeleng-geleng.
Semua
lelaki yang berada di warung itu cuba memberi jawapan. Tapi saudagar tetap
mengatakannya salah.
“Wah rumit
juga jawapannya! Tapi boleh Tuan tunggu sebentar? Seorang sahabat kami belum
sampai. Biasanya sahabat kami ini dapat menyelesaikan teka teki dengan mudah.
Dia memang selalu bersama kami di sini. Hari ini lambat pula hadirnya.”
“Baiklah
hamba tunggu sahabat kamu hadir.”
Sebaik Abu
Nawas tiba di situ, sahabatnya membawanya menemui saudagar itu.
Saudagar
mengulangi teka tekinya.
“Masa
silam!” jawab Abu Nawas
Saudagar
itu angguk. Hadiah yang dijanjikan pun diberikan pada penerimanya.
“Kenapa
kamu menjawabnya masa silam hai Abu Nawas?” Tanya sahabatnya kebingungan.
“Masa
silam itu sarat dengan kisahnya. Dan ia amat berat. Tapi tetap mengapung dalam
kenangan.”
hurmmmm
ReplyDeletetksh sweetie hmm gitulah
Deletekemain lg jawapan dia๐คญ
ReplyDeletetksh anies jawapab pujangga
DeleteTak sangka itu jawapannya
ReplyDeleteTak terpikir pun akan jawab itu ๐ . Memang abunawas ini genius lah ๐๐
ReplyDelete