ASSALAMUALAIKUM
SYAIR RASULLULLAH JUNJUNGAN MULIA
Awal bismilah melafaz kata,
selawat dan salam rasul tercinta,
pembawa nur alam semesta,
syair digubah pena bertinta.
Siti Aminah suri Abdullah,
anakandanya hai
Rasullullah,
nabi Muhammad nama
menyerlah,
bersyukur limpah
kurnia Allah
Di hari Isnin minggu
yang awal,
hai dua belas
Rabiulawal,
Muhammad lahir akmal
terkawal,
di Tahun Gajah wujudnya
ehwal.
.
Siti Aminah mendapat
mimpi,
sinaran terang di
malam sepi;
seluruh alam tidak
bertepi,
lahir zuriat sempurna
rapi.
.
Ayahanda dulu berangkat pulang,
bondanya pula menyusul jelang,
mengadap Allah tahun berselang,
nabi piatu berulit walang.
.
Begitu sedih akan kisahnya,
pahit dan getir perjuangannya,
mendakwah Islam keseluruhannya,
utusan Allah maktub tugasnya.
Malidur rasul ingatan umat,
hari sejarah nabi Muhammad,
jiwanya kamil menjunjung rahmat,
risalah Allah berserta nikmat.
Syiar nur Islam syariat julang,
meski berbilang duga menghalang,
tegar berjuang bukan kepalang,
bertumpah darah berputih
tulang.
Nabi utusan Rahim nan Rahman,
kepada umat di akhir zaman
cekal tarbiah ilmu pedoman,
tinggalkan jahil menyerap iman.
Nabi Muhammad tersurat sudah,
gagah berjuang Allah permudah,
berhati suci sifat mahmudah,
“demi ummati” di hujung lidah.
Begitu
syair nabi bestari,
riwayat hanya sekadar
beri,
karangan kecil karya sendiri,
ukir kenangan kekal lestari.
Salam maulidur rasul
ReplyDeletesalam maulidur rasul
Delete