Tuesday 5 September 2023

MENGAPA

 ASSALAMUALAIKUM



MENGAPA?
.
Manakala maklumat mudah
memperolehinya masa mutakhir
mengapa media massa masih membohongi
menularkan madah misi
.
Menyatakan makna memesongkannya
mungkar mengkhianati memerangkap
menzalimi menjahanamkannya
mazmumah merajalela
.
Membiarkannya menakluki minda
menjarah memori manusiawi
menghina maruah mandiri
menghakis mengerti
menjajah merdeka
mengkhayalkan muda
melala

5 comments:

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist