ASSALAMUALAIKUM
SALAM JUMAAT MULIA
API! API!
.
Khalifah
Harun Ar Rashid memerintahkan Abu Nawas membaca khutbah Jumaat.
“Hamba kan
penyair bukannya khatib, tuanku.’
“Sudah!
Lakukan saja perentah beta!”
“Baik.
Hamba menurut perentah.” Sahut Abu Nawas, akur.
“Kamu
mesti pastikan jemaah tidak tidur. Kalau mereka tertidur kamu akan beta hukum!”
titah khalifah dengan tegas.
Sebaik
masuk waktu zohor pada hari Jumaat, Abu Nawas berdiri di mimbar membaca khutbah
agak gementar. Dia menghuraikan tafsiran iqra’ dan menasihatkan makmum sentiasa
membaca untuk mempelajari ilmu.
Kelihatan
padanya beberapa orang terlentok dan matanya terpejam.
“Api!
Api!” Khatib menjerit.
Terkejutlah
mereka yang terlelap. Pandangan melilau sekelilingnya.
Khatib
meneruskan khutbahnya.
“Sesiapa
yang alpa melakukan ibadah ketika hidup di dunia dan tidak beriman akan dibakar
api neraka setelah mati kelak. Azab api neraka itu amatlah pedih.”
TASBIH
Seorang
sahabat mengunjungi rumah rumah Abu Nawas pada suatu petang. Ketika itu angin
sedang berpuput lembut. Sahabat terdengar bunyi seperti dinding rumah Abu Nawas
berkeriuk di sana sini.
“Rumah
kamu ini sudah tidak kukuh sahabatku. Bunyinya berkeriuk selalu. Eloklah kalau
kamu memperbaikinya atau membina rumah yang baharu.”
“Oh itu
yang kamu fikirkan. Sebenarnya rumahku ini sedang bertasbih. Dalam al-Quran
surah al-Israq ayat 44 telah menyatakan Allah berfirman bahawa setiap ciptaan-Nya
akan bertasbih terhadap-Nya.” Abu Nawas menjelaskannya.
Tiba-tiba
angin bertiup agak deras. Dinding di rumahnya riuh berkeriuk.
Abu Nawas
lari meninggalkan rumahnya,
“Kenapa
kamu lari meninggalkan rumahmu yang sedang bertasbih itu sahabatku?”
“Aku
bimbang jika rumahku itu terlalu kusyuk bertasbih, dia terus bersujud.”
Tk kongsi kisah2 abu nawas
ReplyDelete