ASSALAMUALAIKUM
TERBANG
Khalayak dikejutkan
dengan kenyataan Abu Nawas yang disebarkan secara lisan dari seorang pada
seorang yang lain. Akhirnya sampai juga khabar itu pada khalifah Harun Ar Rasyid.
Baginda ingin mengesahkan khabar itu daripada sumbernya sebenar. Segera
Khalifah menitahkan perajuritnya membawa Abu Nawas mengadapnya.
“Benarkah khabar yang
diperkatakan orang di sini bahawa kamu hendak terbang?” Tanya Khalifah.
“Benar paduka!” sahut
Abu Nawas dengan yakin.
“Oh! Baiklah, kalau begitu kamu naiklah menara
yang tinggi itu dan terbanglah. Beta dan rakyat yang sedang berhimpun tidak
sabar hendak melihat kamu terbang.
“Baik paduka.” Abu Nawas
menaiki tangga menara sehingga tiba di atasnya. Dia mengangkat tangannya kiri
dan kanan seperti burung sedang terbang.
“Terbanglah hai Abu
Nawas!” Pekik suara rakyat di bawah menara.
“Apa lagi yang kamu
tunggu? Cepatlah terbang!” ujar Khalifah meninggikan suaranya.
“Paduka kan sudah lihat
bagaimana hamba hendak terbang. Tapi hamba tidak boleh terbang. Tamsilannya
kalau mendengar sesuatu khabar yang mengujakan janganlah terlalu cepat
mempercayainya sebelum memastikannya.” Abu Nawas memberi alasannya.
heee ada je alasannya hahahahaha
ReplyDeleteheh heh gitula tksh anies
ReplyDelete