ASSALAMUALAIKUM
SASTERAWAN
.
Abbas bin Ash seorang sasterawan di Andalusia. Beliau berkarya puisi dll penulisan sastera. Tetapi beliau masih merasa karyanya tidak mantap dan ada kekurangannya. Dia ingin memperbaiki kelemahannya dengan mendapatkan ilmunya secara berdiskusi tentang puisi dengan sasterawan lain di negeri lain. Beliau memulakan kembaranya sehingga sampai di Baghdad. Lalu bertanyakan keberadaan sasterawan terkenal di situ.
Dia menuju ke arah yang ditunjukkan. Dan menemui sebuah rumah yang sangat sederhana. Setelah memberi salam dan menyatakan hajatnya hendak berbincang tentang puisi dan kesusasteraan, tuan rumah menyambutnya penuh ceria dan mempelawanya masuk.
“Adakah Tuan mengenali al-Masik?” Abbas bin Ash, angguk.
“Cuba bacakan sebuah puisinya.” Abbas bin Ash pun membacanya dengan lancar.
“Tuan tahu penyair Bakar Al-Ghoni?” Abbas bin Ash angguk lagi.
“Cuba baca sebuah puisinya.”Abbas bin Ash membaca dengan baik.
“Tentu Tuan tahu penyair Abbas bin Ash! Cuba bacakan puisinya.” Abbas bin Ash tergamam. Beliau tidak menyangka bahawa Abu Nawas juga membaca karyanya.
Dia pun membacanya tertib dan teratur. Abu Nawas tersenyum. Lantas segera memeluk Abbas bin Ash.
“Maafkan saya kerana tidak mengenali Tuan pada awalnya.” Ujar Abu Nawas kekaguman.
“Bagaimana kau tahu bahawa dia penyair Andalusia, hai Abu Nawas?” Tanya sahabatnya yang ada di situ.
“Mudah saja!” sahabatnya menunggu Abu Nawas menyambung bicaranya.
“Tatkala dia membaca puisi karya penyair lain, dia membacanya bersahaja. Tapi kala dia membaca puisi karyanya, dia begitu bersungguh-sungguh dan bersemangat sekali.”
Hanya dari cara membawakan puisi, abu Nawas langsung tahu yaa ๐. Tapi setelah dipikir, manusia pastilah membawakan sesuatu miliknya dengan sepenuh hati, daripada saat dia membawakan milik orang lain ๐ sesuatu yg normal memang. Kecuali kalo karya tersebut memang merupakan karya dari penulis pujaannya. Pasti akan dibawakan sepenuh hati juga.
ReplyDeletetksh fanny ya betul anggapannya karya milik sendiri adalah harga diri pengkaryanya n mudah dikenali penciptanya
DeleteAda kalanya orang yang menulis puisi sekadar menulis, tidak pandai mendeklamasikannya.
ReplyDeleteksh fairus kaklah tu tulis puisi rajin juga tapi xtau deklamasikannya
Deletejauh tu merantau nak cari ilmu
ReplyDeletetksh anies ya begitulah kalau mencari ilmu
Delete