ASSALAMUALAIKUM
SELAMAT BERHUJUNG MINGGU MOGA TIASA SEJAHTERA BERAKTIVITI
JOM SAMBUNG BACA CERITERA ABU NAWAS YANG CERDIK MENGATASI MASALAH YANG DIHADAPINYA PADA ZAMANNYA
HAKIM
AGUNG
Hakim
agung telah meninggal dunia. Khalifah Harun Ar Rashid merasa amat kehilangan
kerana hakim itu merupakan sahabat baginda dan seorang yang amat jujur
melaksanakan tugasnya sebagai hakim. Khalifah ingin menggantikan jawatan itu
dengan seorang hakim yang jujur persis Hakim Agung dahulu. Tapi baginda tidak
tahu hendak memilih siapa.
Lantas
baginda terbayangkan wajaah Abu Nawas dan kecerdikannya dalam menyelesaikan
sesuatu masalah. Maka Abu Nawas pun cuba melaksanakan arahan Khalifah. Dia juga
merasa bertanggungjawab sebagai rakyat untuk turut membantu Khalifah memilih
Hakim Agung yang tempat.
Dia
mengenderai keldai ke suatu tempat. Seorang gembala sedang mengembala lembu dan
anaknya. Abu Nawas menghampiri anak lembu itu. Tiba-tiba anak lembu itu
berjalan mengikuti Abu Nawas dan keldainya. Gembala merasa marah terhadap anak
lembu itu dan cuba mendorongnya kembali pada induknya.
“Sudahlah!
Jangan kau paksa anak lembu itu. Memang anak lembu itu milikku kerana keldaiku
melahirkannya.”
“Memang
sah anak lembu itu milikku! Induknya lembuku ini. Bagaimana pula induknya boleh
bertukar pada keldai?” kenyataan Abu Nawas membingungkan gembala.
“Kalau
begitu, ayuh kita selesaikan masalah ini di hadapan hakim.” Gembala bersetuju.
Kedua-duanya
pun menuju pejabat hakim. Hakim itu menyebelahi Abu Nawas setelah disogok sejumlah wang. Gembala masih
tidak berpuas hati. Mereka menuju ke pejabat hakim kedua untuk menghakimi
persoalannya. Hakim kedua itu juga memihak pada Abu Nawas setelah disogok
sejumlah wang.
Gembala
tetap tidak percaya dengan keputusan hakim itu.
“Kalau
kamu masih tidak percaya anak lembu itu induknya keldaiku, kita ke pejabat
hakim yang lain pula.”
Pada hakim
ini Abu Nawas menyogoknya dengan
sejumlah wang sangat banyak. Tapi hakim itu enggan menghakiminya dengan alasannya sedang datang bulan.
“Bukankah
Tuan ini seorang lelaki bagaimana pula boleh datang bulan?”
“Kamu hairan
ya? Aku pun hairan juga, bagaimana keldaimu boleh melahirkan anak lembu?”
“Jadi
bagaimana keputusan Tuan Hakim?”
“Pemilik
anak lembu tentulah gembala. Kamu pulangkan anak lembu itu pada gembala.”
“Baiklah.
Esok Tuan Hakim ikut hamba mengadap Khalifah untuk menerima jawatan Hakim
Agung!”
Ada pengajaran daripada cerita abu nawas ini
ReplyDelete