Sunday, 30 January 2022

HADIAH TERBANG DARI SABAH..

 ASSALAMUALAIKUM

ALHAMDULILLAH SELAMAT KE PENERIMAAN KAKPIDAH KIRIMAN BLOGGER AMIE






SUBHANALLAH CANTIKNYA SEMUA HADIAH KIRIMAN..AMIE .....BLOGGER DARI SABAH INI MENGHADIAHKAN KAK PI KERANA PENGHARGAANYA SEBAB KAKPIDAH ANTARA PENGOMEN TEGAR BLOG BELIAU...

TERIMA KASIH BANYAK AMIE SUDI KIRIMKAN KAK PI HADIAH YG SANGAT BERHARGA INI...MOGA TIASA DIRIMU SIHAT SEJAHTERA BERSAMA FAMILI TERCINTA MURAH REZEKI DALAM LINDUNGAN ALLAH SUKSES DUNIA AKHIRAT.

JOM SINGGAH BLOG AMIE SELALU...ADA REZEKI DAPAT HADIAH SEBAGAI PENGOMEN TEGAR SAMBIL MENJALIN UKHUWAH ERAT SESAMA BLOGGER..BLOG AMIE SARAT N3 TENTANG PELBAGAI MENU MENYELERAKAN DAN PENGALAMAN BELIAU MENGUNJUNGI TEMPAT MENARIK SEKITAR SABAH DLL SAMAADA DI DALAM ATAU DI LUAR NEGARA..SETIAP N3 DISERTAKAN PIC YG MEMPESONA

ALHAMDULILLAH PI MENERIMA HADIAH DARIPADA BLOGGER AMIE SEBAGAI PENGOMEN TEGAR UNTUK KALI KEDUA....TERIMA KASIH BANYAK AMIE YG BAIK BUDI.

Saturday, 29 January 2022

IMBAU BANJIR

 ASSALAMUALAIKUM



IMBAU BANJIR

"Mak pegang besi tu kuat-kuat" jerit anakku ketika kami berusaha menyelamatkan nyawa masing-masing daripada ditenggelami air banjir yang masuk begitu laju melalui pintu sliding kami.
Kami duduk di atas meja,
meja pun terjungkit dan kami menggelunsur ke dalam air yang telah separas leher ku. Salah seorang anakku menghubungi JKKK minta bantuan kerana kami tidak sempat untuk keluar dari rumah dan tidak menyangka air naik separas itu dengan cepatnya, kami menggulung. permaidani, angkat TV Dan komputer. Tetapi air masuk dengan lajunya.
Sementara itu anakku yang Seorang lagi mencari bangku untuk diletakkan di depan pintu sliding agar aku dapat berdiri dengan memegang kuat besi grill pintu.
Kami semua sudah kesejukan hingga berlaga gigi dan badan menggelatar. Ku perihatikan jam di dinding menunjukkan pukul 12.00 tengah malam. Subhanallah pihak penyelamat masih belum datang lagi. Cucu ku yang berumur enam tahun mulai menangis kerana lampu dengan sendiri ya terpadam.
Duduklah kami dalam air dan gelap cuma diterangi oleh lampu jalan.
Aku berpaut kuat pada besi grill sambil tidak henti hentinya beristighfar, slawat sambil mata memerhati barang barang dan kerusi meja yang terapung di bawa air. Terdengar peti sejuk di dapur terbalik. Aku Reda ujian Allah beri kepada kami. Setitik air mata pun tidak keluar dari kelopak mataku. Cuma aku terfikir, Allah pinjamkan harta benda yang ada ini bertahun-tahun. Kini tiba masanya Allah ambil semula. Pasrah...
Sepanjang menghuni kawasan perumahan ini. telah lima kali kami dilanda banjir tapi kali ke enam ini luar biasa banjirnya. Seperti dicurah curah air mengalir melalui longkang besar di hadapan rumah.
Anakku masih lagi menghubungi pihak penyelamat. Ku buka pintu sambil meneriakkan "Allahuakbar" sebanyak tiga kali... Terdengar bunyi bot menyusuri rumah kami. Aku menjerit tolong kami di sini. Pihak penyelamat mengatakan tunggu sekejap mereka hendak menyelamatkan pak cik di rumah hujung sana yang telah menunggu di atas atap rumahnya. Ya Allah aku berfikir mesti rumahnya ampuh hingga ke bumbung. Kami sabar juga sudah lebih dua jam kami berendam. Apabila bot melalui hadapan rumah, air melimpahi lagi masuk ke rumah kami kerana pintu dibuka. Sambil lalu pihak penyelamat menyabarkan kami untuk menghantar mangsa banjir ke penempatan di Balai Raya tidak jauh dari rumahku. Sekali lagi bot lalu untuk mengambil lagi jiran di hujung jalan dan menyuruh kami tunggu.
Alhamdulillah lututku yang baru di bedah lebih kurang sebulan tidak terasa sakit selama berdiri di depan pintu. Kali ketiga bot baru sampai mengambil kami berdua dulu iaitu aku dan anak perempuan ku. Yang Seorang lagi bersama suami dan anaknya tunggu dulu kerana bot tidak muat untuk membawa penumpang yang lebih daripada lima orang termasuk dua orang sukarelawan yang sedia ada dalam bot. Air yang dalam dan kaki masih tidak boleh dibengkokkan menyukarkan aku untuk menaiki bot. Terpaksa mereka mengambil tangga. Naik tangga pun kena perlahan lahan. Alhamdulillah tanganku disambut oleh sukarelawan untuk duduk di dalam bot. Kami pergi sehelai sepinggang. Beg tangan ku yang mengandungi telifon bimbit dan sedikit wang tunai terjatuh ke dalam air dalam rumah. Reda sahajalah apa nak dikata.
Sampai di Balai Raya aku dah tidak larat untuk berjalan lagi. Pemuda - pemuda kawasan termasuk anak saudara ku mencari bangku menyuruh aku duduk dan mereka mengangkat aku dengan bangku seperti bertandu.
Sampai di Balai Raya aku kesejukan menggigil. Jiran-jiranku sudah ramai berada di Balai Raya, kami orang kedua akhir diselamatkan. Melihat kan aku kesejukan jiran belakang rumahku memberi aku sehelai baju maksi dan aku menyalin baju yang basah kuyup itu. Duduk berlunjur di atas dua buah kerusi untuk menghilangkan sakit kakiku. Lebih kurang satu jam di situ rakanku isteri Imam masjid kami memberiku pinjam Telekungnya untuk solat subuh. Aku tercengang. sudah masuk waktu subuh fikirku bermakna aku terendam dalam banjir itu hampir empa jam. Ya Allah ngeri aku mengenagkan. Aku bersyukur kerana kami lima beranak terselamat. Aku tidak boleh tidur sementara menanti siang. Masih memikirkan air sudah surut atau belum. Dalam pada itu datang AJK Masjid menghantar sarapan untuk kami, nasi lemak teh susu
Duduklah kami di situ berborak menceritakan hal banjir. Pukul sepuluh pagi ada yang memberitahu air sudah surut dan ada yang balik ke rumah masing-masing untuk membersihkan rumah.
Aku menyuruh anakku balik ke rumah untuk mencari beg tangan yang tenggelam tu.
Beg sudah dijumpai dan aku
mengeluarkan telifon bimbit serta duit. Semuanya basah termasuk kad hospitalku sambil bertanya kepada anakku bagaimana keadaan rsh dan barang-barang kita. Bagai dilanggar geroda almari buku yang tersusun Quran, buku-buku, kitab-kitab semua habis jatuh ke dalam air. Sabarlah hati. Termasuk buku-buku antologi yang ku sayangi.
Peti sejuk, freezer semua terbalik. Dapur gas berketuhar pun dimasuki air lumpur. Pendek kata sembilan puluh peratus barang perabot, katil-katil, tilam musnah sama sekali. Aku beristighfar minta Allah sabar kan hati ini.
Sebentar kemudian menantu ku datang mengajak aku ke rumahnya dan tidak membenarkan aku tinggal di situ disebabkan keadaan kesihatan ku tidak setabil lagi.
J. Jania
Kg. Baru. Bentong
24.1.2022



J JANIA PENULIS SPTA
SEDIH SEKALI PENGALAMANNYA MENGHADAPI BANJIR YANG MELANDA BENTONG BARU-BARU INI


Thursday, 27 January 2022

LAGU MURAI

 ASSALAMUALAIKUM


MURAI

 

PIC GOOGLE IMAGES (C)

Sentuhan pagi murai terjaga

dingin sang bayu selimut diri

hening ruangan santunan lega

lena sehingga separuh hari

.

Sudahkah hilang kata bicara

usrah wacana gamat selalu

bagai tiada lagi suara

rindu berderu bersalut pilu

.

Mungkinkah murai terlalu penat

semakin malas mahu berkicau

gara durjana dengki kianat

saran nasihat meracau-racau

.

Biarkan hari berlalu pagi

terbanglah murai tinggal masalah

layangan jauh ranggi meninggi

pasrah adanya tawaduk malah

.

Daya upaya sekadar mampu

telah berbuih riuh omelan

jujur amanah sisih menipu

pesanan murai lagu siulan



PARIDAH ISHAK

DMS

27/01/22


Wednesday, 26 January 2022

DATUK HARIMAU

 ASSALAMUALAIKUM



PIC GOOGLE IMAGES (C)



APA KHABAR DATUK HARIMAU?
.
Khabar duka anak cucu!
Kenapa pula Datuk Harimau?
Naik bukit kaki sakit!
Jauh jalan Datuk Harimau?
usaha sedikit cari habuan
hutan rimba sudah cerah
rerjatuh dalam lurah
hujan pula mencurah-curah
kepala air menolak arah
terhantuk balak habis berdarah


PARIDAH ISHAK
DMS
26/01/022

Tuesday, 25 January 2022

HILANG KEPALA DI WAKTU PAGI?

 ASSALAMUALAIKUM



CUBA TEKA APA

Hajah teliti menghimpun satah,
belimbing ganti rupa jelantah;
gajah meniti titi pun patah,
kambing meniti apa yang patah
.
Pulang menjala begitu ranggi,
bawa segala lela pualam;
hilang kepala di waktu pagi,
ada kepala tatkala malam
.
Naskhah diminta sengaja helah,
sepi tiada bersulam rumus;
apakah kata dieja salah,
tetapi ada di dalam kamus
.
Menumpu grafik matanya bening,
buah melinjau dikupas serpa;
lampu trafik mulanya kuning,
merah dan hijau lepas tu apa?

Monday, 24 January 2022

TSUNAMI LAZUARDI

 

ASSALAMUALAIKUM

 



Empat naskah antologi terbaru terbitan Akademi SPTA 022 telah selamat kepenerimaan PI kiriman Sifu Tabir Alam. Alhamdulillah! Terima  kasih banyak sifu. Tiga  puisi PI terselit dalam antologi LAZUARDI. Terharu sekali sifu sudi memilih karya PI saduka IMAN, seloka TERLUPA, teka teki APA ITU yang disiarkan di grup penulisan GRAHA untuk diterbitkan dalam antologi ini. Tahniah semua penukil karya. Dan TSUNAMI pula adalah antologi puisi tanka selenggaraan sifu TA. Semua penulis terlibat dibimbing sifu TA cara menukilnya dengan tepat dan indah susun diksi puisi tradisi asal dari Jepun ini. Tanka puisi  tiga stanza lima larik dibina dengan disiplin lima suku kata baris satu, tujuh suku kata baris dua, lima suku kata baris tiga, tujuh suku kata baris empat dan lima. Tajuk tanka PI dalam antologi comel ini; ENDEMIK, SAMPAN. KAIN, IKAN.

Sifu TA membimbing kakpidah dan semua penukil terlibat agar puisi yang dihasilkan berkualiti dan terbaik diterbitkan untuk menjadi khazanah negara. Tahniah sifu usahanya tiasa berterusan membimbing penggiat sastera  dan menerbitkan pula karya bercetak. Terima kasih banyak sifu menurunkan ilmu tanpa jemu kepada PI dan semua penulis SPTA…Tahniah juga semua sahabat terlibat

TAHNIAH SIFU dan SEMUA PENUKIL puisi Akademi SPTA

Sekiranya ingin miliki buku dengan kulit dan isinya yang cantik segera pm sifu TA@FACEBOOK.

Sunday, 23 January 2022

SEMARAK MERDEKA TANAH AIR...

 

ASSALAMUALAIKUM

SELAMAT BERHUJUNG MINGGU

Alhamdulillah PI terima kiriman antologi puisi sajak; SEMARAK MERDEKA TANAH AIR hadiah daripada penulis mapan Nazim MS. Terima kasih banyak cikgu selalu hadiahkan PI buku terbaru. Baik budi dan kesudiannya amat dihargai. Semoga cikgu Nazim dalam lindungan Allah bersama family tercinta, murah rezeki, dipermudahkan Allah semua urusan dunia akhirat…amiin.

Antologi ini mengisi 131 sajak indah puitis dengan tema kemerdekaan nukilan penulis terkenal juga penulis pemula seramai 131 orang selenggaran Tn Amirudin Ali terbitan Persatuan Penulis Johor. Tahniah cikgju, semua penukil, penyelenggara dan penerbit.




Friday, 21 January 2022

SINDROM PENAFIAN

 ASSALAMUALAIKUM



SALAM JUMAAT MULIA



SINDROM PENAFIAN
..
Normal baharu kaedah baru
tindak atasi isu semasa
nafi semua elak celaru
.
Walaupun tular media massa
kluster penafian geleng kanan
yakinkan umum hanyalah sketsa
.
Apa sebenar cuma mainan
kamera rakam edit semula
alasan mungkin karya jalanan
.
Walaupun benar sangkal segala
pelaku maksum bersih nan suci
sebar pesona tak tentu kala
.
Pengguna medsos amatlah peka
isu begini jadi jenaka

PARIDAH ISHAK
DMS
21/01/22

Thursday, 20 January 2022

JANJI ITU PASTI

 

ASSALAMUALAIKUM

 



Alhamdulillah semalam PI menerima kiriman dua buah antologi cerpen hadiah daripada blogger https://www.syaznirahim.com/

Syazni Rahim selain blogger, seorang penulis prolific dan proaktif menerbitkan karya pelbagai genre kini. Terima kasih banyak baik kesudian dan baik budi. tahniah usahanya...semoga terus sukses menghasilkan karya terbaik.

Antologi TITIPAN SUARA HATI selenggaraan Hasreeyati Ramli cerpen nukilan 24 penulis. Syaz Eym menyertakan cerpennya; PAPA ZAIN. Siapa Papa Zain? Menarik kisahnya.

JANJI ITU PASTI antologi cerpen kedua kiriman Syaz juga selenggaraan Novelis Hasreeyati Ramli. Gabungan karya 27 penulis cerpen dengan tajuk pilihan. DEWI,RUHIL, BRITNEY DAN KAMU! Tajuk cerpen Syaz dalam antologi ini. Wow tajuknya bukan main mengujakan untuk diselak baca. PI memang suka membaca cerpen Syaz lantaran mudah difahami dan maksud yang hendak disampaikan ketara. Terima kasih sekali lagi Syaz.

Semoga Syaz dalam lindungan Allah bersama family tercinta, murah rezeki, dipermudahkan Allah semua urusan dunia akhirat…amiin.

Sekiranya ingin miliki buku2 yang disebutkan jangan lupa hubungi Syazni Rahim ya…harganya mampu milik ja.   

Tuesday, 18 January 2022

CITRA MAWAR

ASSALAMUALAIKUM

MAIN-MAIN WARNA RELAK MINDA






grafik oleh Awang Aming terima kasih dik


Puii sonian karya Salmah Amir terima kasih Sal


Monday, 17 January 2022

NASI LEMAK

 ASSALAMUALAIKUM




PIC GOOGLE IMAGES (C)


NASI LEMAK

.

Makan pagi

tambah lagi

sambal bilis

dari Perlis

.

Sedap sangat

dengan pengat

kenyang perut

lega urut

.

Kisah tular

jalar ular

nasi lemak

Isu semak

.

Konon lambang

ragu bimmbang

mesti sisih

walau kasih

Saturday, 15 January 2022

KERANG-KERANGAN

 ASSALAMUALAIKUM

SELAMAT BERHUJUNG MINGGU MOGA SEMUA KITA SIHAT SEJAHTERA ADANYA







PIC GOOGLE IMAGES (C)




KERANG-KERANGAN

 

Siput

pelbagainya

jenis bentuk lain

berbeda rasa menggiur

enak

.

Kerang

rebus atau

gulai ramai gemar

hidangan santapan tengah

hari

.

Tiram

dasar laut

celahan karangan

sinar mutiara gelap

seri

.

Lokan

lala juga

mentarang antara

habitat bermusim sukar

cari


Friday, 14 January 2022

TRAGEDI ATIE......

 

ASSALAMUALAIKUM

 SALAM JUMAAT MULIA

TRAGEDI ATIE

.


Atie anak saudara adik iparku. Tinggal bersama paktok dan maktoknya sedari kecil, sekampung denganku. Dia menyelesaikan persekolahan peringkat rendah dan menengah di sini. Emak ayahnya tinggal di sebuah kampung felda berhampiran. Seorang gadis remaja yang cantik dan baik budi pekertinya.

Dia rapat juga dengan adikku yang dipanggilnya maklang. Kadang dia akan menemani maklangnya yang memandu kereta menghantarku beruurusan di bank. Dia yang akan memimpinku berjalan perlahan memasuki bank. Aku terhutang budi akan kebaikannya.

Atie mendapat pekerjaan di sebuah agensi kerajaan lalu bertemu jodoh dengan teman sepejabatnya. Perkahwinan yang bahagia sehingga dikurniakan seorang cahaya mata. Tragedy menyayat hati berlaku tika dia melahirkan anaknya yang kedua. Tiba-tiba berlaku komplikasi kerana hipertensi yang amat tinggi tika dia hendak melahirkan anaknya yang kedua. Dia terus koma. Kalau aku tidak silap dalam tahun 2006.

Dia dibawa pulang ke rumah emak ayahnya kerana maktoknya telah meninggal dunia. Dan paktoknya semakin uzur justeru faktor usia dan pelbagai masalah lain. Ayah dan emaknya yang menjaga anak kecil itu bersama suaminya. Usaha merawati untuk menyedarkannya dilakukan selalu oleh keluarganya. Masa berganti masa harapan emak ayah, suaminya, anak-anaknya untuk melihat Atie sedar dari koma tidak pernah putus. Dan kudoakan afiahnya. Lantaran kisah itu telah sekian lama terjadi aku sangkakan Atie telah pulih sediakala.

Akupun menanyakan adikku via wasap tentang Atie. Jawapannya mengejutkanku.

Rupanya Atie masih koma. Bukan hampir sebulan sepertiku alami tika eksiden 1987. Tapi berbelas tahun lamanya.  Paktok dan ayahnya telah meninggal dunia. Emak dan adik beradiknya terus menjaganya sepenuh daya. Anak yang dilahirkan tika dia alami komplikasi membesar dengan sihat. Telah juga meninggal dunia. Wani yang sering membantu emaknya menguruskan Atie juga telah meninggal dunia. Masya-Allah. Anak sulung Atie sudah remaja kini tinggal bersama bapanya yang telah berkahwin lagi.  Kisah Atie menyentuh hatiku. Aku doakan semoga Atie segera pulih sedar dari koma yang lama. Allah itu Maha Penyembuh segala penyakit yang berada di langit dan di bumi…amiin. Besar ujian-Nya mengganjari Ros, insya-Allah (bukan dinda makruss) seorang ibu yang tabah berkorban apa saja mendepani susah payah demi Atie anak kecintaannya.

Dulu ada siri drama TV disiarkan TV3 lakonan Isma Aliff dan Shamsul Ghau Ghau mengisahkan watak seorang yang koma tahun 70-an dan sedar tahun 2000-an terbawa dengan gelagatnya suka berdisko menari tarian John Travolta. Aku fikirkannya Cuma karya kreatif penulisnya. Sebenarnya memang ada logiknya setelah aku melihat Atie begitu walau Atie masih koma.

enta

Thursday, 13 January 2022

https://www.farhanajafri.com/2022/01/superhost-giveaway-by-blog2shout.html

 ASSALAMUALAIKUM



Jom meriahkan giveaway blogger BTS  https://www.farhanajafri.com/2022/01/superhost-giveaway-by-blog2shout.html


1. Follow blog ni dan komen apa-apa saja yg murni dlm posting ni..
2. Subscribe channel youtube:  # Family Factor
3. Optional (tak buat tak pa) Teka aku asal dari negeri mana ( kalau anda menang giveaway, kami akan tambah cash RM100 kalau tekaan tepat.boleh buat makan makan at Kg Baru)
4.  Buat simple entry kat blog anda,  tampalkan banner kat blog anda dan link kan ke posting ni.



ok ..banyak ke syaratnya,,??  
Tak kot. 
So please join ya dan share.


All the best..

 Tarikh tutup    28 February 2022.

PI memang jarang join giveaway blogger tapi kala terbaca entry blogger BTS ini teringin pula nak sertai.

Giveaway ni syaratnya mudah saja. Dah tengok you tube tempat percutian yang dikunjungi cantik sekali pemandangan alam sekitarnya dengan pohon-pohon menghijau di tebing sungai yang mengalir jernih mencelahi batu besar dan kecil.  Penginapan yang disediakan juga selesa dihuni melepas lelah sambil bercuti bersama keluarga. 

PI teka blogger BTS berasal dari Perak.

Wednesday, 12 January 2022

MAIN-MAIN WARNA LAGI...

 ASSALAMUALAIKUM


Terbang merpati menghala arah,

singgah kuala kenari biru;

hari berganti coret sejarah,

kisah bermula tahun baharu.

 










Tuesday, 11 January 2022

KELADI EMAS

 ASSALAMUALAIKUM


keladi emas

sembilan satu enam –

taksir nilaian

 

kalendar lama -

tugasan tahun baru

madah berhelah

 

limpahan air

siren amaran banjir -

pertikaian

 

‘Akhir Disember’

alunan Kopratasa

puisi segar



PIC GOOGLE IMAGES (C)

Monday, 10 January 2022

BERHAMPAR LAPIK BERLICIN DAUN

 ASSALAMUALAIKUM


PERIBAHASA



Papar tertepek cincin di gaun,
kekwa terlekat jatuh peniti,
lukisan susuk berbayang lauh;
berhampar lapik berlicin daun,
bermuafakat sepenuh hati,
sangkaan buruk dibuang jauh.
.
Riang kelasi lama liburnya,
ombak mengeruh lautan dalam,
membongkar sauh di malam kelam;
yang mengawasi sama malasnya,
bak yang disuruh tenggelam,
yang menyuruh pun tengggelam
.
Redup mempelam kulim di sana,
menunduk sulam sedari lanyak,
menghindar duri di rantang tengas;
hidup di dalam musim bencana
bak duduk dalam duri yang banyak,

bersandar diri di batang rengas.

MyBloglist