Friday 21 January 2022

SINDROM PENAFIAN

 ASSALAMUALAIKUM



SALAM JUMAAT MULIA



SINDROM PENAFIAN
..
Normal baharu kaedah baru
tindak atasi isu semasa
nafi semua elak celaru
.
Walaupun tular media massa
kluster penafian geleng kanan
yakinkan umum hanyalah sketsa
.
Apa sebenar cuma mainan
kamera rakam edit semula
alasan mungkin karya jalanan
.
Walaupun benar sangkal segala
pelaku maksum bersih nan suci
sebar pesona tak tentu kala
.
Pengguna medsos amatlah peka
isu begini jadi jenaka

PARIDAH ISHAK
DMS
21/01/22

6 comments:

  1. Mendalam maksudnya ni K.PI bahaya sindrom ni

    ReplyDelete
  2. nice... dalam maksudnya..
    susah ye kalau susah nak terima kenyataan kerana malas nak fikir.. then boleh pulak buat lain ikut denial dia..

    ReplyDelete
  3. Depa ni dah ada bukti pun masih nak menafikan

    ReplyDelete
  4. sekarang ni rakyat sangat sensitive.

    ReplyDelete
  5. Kerana sebuah penafian, lumpuh sebuah kota sepanjang hari

    ReplyDelete
  6. Entahlah Kak PI... apa sebenarnya yang dikehendaki oleh mereka.

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist