KUKU BARU
Selama aku hidup tidak
pernah sekalipun aku mengalami sakit kuku. Tapi aku tahu sakit kuku di jari
kaki kerana sakit kuku cekam kata orang. Kalau sakit begini biasanya pengidap
akan meletakkan daun inai yang ditumbuk lumat. Sebentar saja kuku yang sakit
cekam kembali pulih sediakala insya-Allah.
Entah kenapa pula sebaik bangun
pada awal pagi, aku merasa ibu jari tanganku yang kiri sakit. Keadaannya pada
mulanya agak berjalur dan menipis. Terkejut kuperhati kerana ibu jariku bengkak
pula. Apabila disentuh kelihatan sedikit nanah. Aku kehairanan. Mulai risau. Tertanya-tanya
pula masalahnya. Mungkin sakit jantungkah? Diabetiskah? Hendak dapatkan rawatan
di klinik di musim Covid-19 masih berpesta dengan perintah PKP, PKPD agak sukar
juga. Lagipun aku keberatan selalu hendak keluar ke mana-mana kerana akan
menyusahkan anak-anakku menguruskan perjalanannya.
Anakku memberiku ubat antibiotic
yang disapu pada kuku yang sakit itu. Vitamin C kuulang telan setiap pagi. Nampak
ada perubahannya. Bengkaknya semakin surut. Aku bermsg bertanyakan masalahku
tentang itu pada sahabatku Hamimah kerana beliau mantan seorang jururawat professional
dalam bidangnya. Katanya sapu minyak habatus sauda dan temui doctor untuk
dapatkan rawatan. Terima kasih Mim nasihatnya.
Setakat sapu minyak habatus
sauda mudah saja kubuat dan amalkan. Ke hospital untuk berjumpa doctor masih
enggan..
Alhamdulillah kuku ibu jari
tanganku beransur sembuh. Akan dipotong tika perlu. Ralitku perhatikan rupanya
telah tumbuh kuku ibu jari tanganku yang baru menggantikakan kuku lama yang
mengunjur dan telah dipotong. Subhanallah!.
Alhamdulillah dah ok. Betullah musim PKP dna pademik memang malas nak ke hospital
ReplyDeleteBaguslah dah sembuh.. sakit kuku ni banyak masalahnya, macam dulu masa saya kerja kilang kuku selalu patah. Aktiviti seharian pun tertangguh..
ReplyDelete