ASSALAMUALAIKUM
SELAMAT TAHUN BAHARU 022
.
Telah hadir dua puluh dua
tinggal sudah dua puluh satu
semakin tambah usia tua
menjumlah angka terus begitu
.
Awal Januari hujan renyai
dingin sekali mengulit tulang
menyelak kisah tangis merinai
terkenang-kenang wajah yang hilang
.
Saat bergelut virus pandemik
kala Disember banjir melanda
cuba hayati fasa endemic
arus menolak tiada tanda
.
Sinar mentari cerah mencerlang
pagi berseri murai menyanyi
harapan indah silang-menyilang
rona pelangi merias sunyi
.
Tahun baharu cuma sebentar
terlalu cepat berlalu pergi
walau tak suruh atau dihantar
ada rezeki bertemu lagi
Selamat tahun baharu kak PI.
ReplyDeleteSelamat tahun baru Kak PI..sejuk hari ni..
ReplyDeleteSelamat tahun baru 2022 Kak PI.
ReplyDeletehappy new year kak PI
ReplyDeletesalam tahun baru kak PI. semoga ada sinar kebahagiaan lepas semua musibah yang melanda
ReplyDeleteSelamat tahun baru Kak PI. Saya doakan akak sentiasa sihat walafiat di tahun 2022 ni dan lebih bahagia. Amin
ReplyDeleteSelamat tahun baharu 2022 K.PI. Didoakan sentiasa di dalam rahmat kasih sayang Allah S.W.T.
ReplyDeleteSelamat melangkah ke tahun baharu 2022
ReplyDeleteSemoga terus aktif membuah karya kreatif