ASSALAMUALAIKUM
TRAGEDI ATIE
.
Atie anak saudara adik iparku.
Tinggal bersama paktok dan maktoknya sedari kecil, sekampung denganku. Dia menyelesaikan
persekolahan peringkat rendah dan menengah di sini. Emak ayahnya tinggal di
sebuah kampung felda berhampiran. Seorang gadis remaja yang cantik dan baik
budi pekertinya.
Dia rapat juga dengan adikku
yang dipanggilnya maklang. Kadang dia akan menemani maklangnya yang memandu
kereta menghantarku beruurusan di bank. Dia yang akan memimpinku berjalan
perlahan memasuki bank. Aku terhutang budi akan kebaikannya.
Atie mendapat pekerjaan di
sebuah agensi kerajaan lalu bertemu jodoh dengan teman sepejabatnya. Perkahwinan
yang bahagia sehingga dikurniakan seorang cahaya mata. Tragedy menyayat hati
berlaku tika dia melahirkan anaknya yang kedua. Tiba-tiba berlaku komplikasi
kerana hipertensi yang amat tinggi tika dia hendak melahirkan anaknya yang
kedua. Dia terus koma. Kalau aku tidak silap dalam tahun 2006.
Dia dibawa pulang ke rumah
emak ayahnya kerana maktoknya telah meninggal dunia. Dan paktoknya semakin uzur
justeru faktor usia dan pelbagai masalah lain. Ayah dan emaknya yang menjaga
anak kecil itu bersama suaminya. Usaha merawati untuk menyedarkannya dilakukan
selalu oleh keluarganya. Masa berganti masa harapan emak ayah, suaminya,
anak-anaknya untuk melihat Atie sedar dari koma tidak pernah putus. Dan kudoakan
afiahnya. Lantaran kisah itu telah sekian lama terjadi aku sangkakan Atie telah
pulih sediakala.
Akupun menanyakan adikku via
wasap tentang Atie. Jawapannya mengejutkanku.
Rupanya Atie masih koma. Bukan
hampir sebulan sepertiku alami tika eksiden 1987. Tapi berbelas tahun lamanya. Paktok dan ayahnya telah meninggal dunia. Emak
dan adik beradiknya terus menjaganya sepenuh daya. Anak yang dilahirkan tika
dia alami komplikasi membesar dengan sihat. Telah juga meninggal dunia. Wani yang
sering membantu emaknya menguruskan Atie juga telah meninggal dunia. Masya-Allah.
Anak sulung Atie sudah remaja kini tinggal bersama bapanya yang telah berkahwin
lagi. Kisah Atie menyentuh hatiku. Aku doakan
semoga Atie segera pulih sedar dari koma yang lama. Allah itu Maha Penyembuh
segala penyakit yang berada di langit dan di bumi…amiin. Besar ujian-Nya
mengganjari Ros, insya-Allah (bukan dinda makruss) seorang ibu yang tabah
berkorban apa saja mendepani susah payah demi Atie anak kecintaannya.
Dulu ada siri drama TV
disiarkan TV3 lakonan Isma Aliff dan Shamsul Ghau Ghau mengisahkan watak seorang
yang koma tahun 70-an dan sedar tahun 2000-an terbawa dengan gelagatnya suka
berdisko menari tarian John Travolta. Aku fikirkannya Cuma karya kreatif
penulisnya. Sebenarnya memang ada logiknya setelah aku melihat Atie begitu
walau Atie masih koma.
enta
semoga dipermudahkan urusan keluarga Atie..
ReplyDeleteYa Allah... saya ingat hanya cerita dalam filem saja, rupanya memang wujud cerita begini di dunia nyata. Atie... bangun Atie!
ReplyDeleteLamanya dia koma
ReplyDeleteSemoga ada harapan untuk sembuh
Assalamualaikum kak, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik
ReplyDeleteAllahu, sebak saya membaca coretan ini. Besarnya ujian kepadanya. Jauh di sudut hati saya mendoakan agar Allah SWT mengurniakan kesembuhan yang tiada kesakitan selepasnya kepada Atie.. serta memberikan kesabaran kepada keluarganya
Lamanya dia koma kak PI. Harap dijaga dengan baik. Kasihan jugak bila dia sedar nanti keadaan dah banyak berubah. Ahli keluarga pun ramai dah meninggal. Alahai
ReplyDelete