ASSALAMUALAIKUM
Kenapa agaknya rumah-rumah yang bentuknya cantik dan agam tapi tidak berorang. Kosong tidak berpenghunilah tu. Hatiku sering tertanya begitu setiap kali melewati rumah-rumah itu dalam perjalananku ke SMY. SMY tu Sekolah Menengah Yan di mana aku berulang pada hari persekolahan menuntut ilmu. Tiada jawapan yang kuperoleh melainkan ucapan sayangnya... kerana membiarkan rumah-rumah cantik itu terabai tanpa penjagaan.
Sekian tahun berlalu kini baruku ketahui kenapa keadaan sebegitu terjadi dengan sebab-musabab tersendiri setelah melihat situasi itu wujud juga di kampung halamanku di mana rumah-rumah agam yang terbina dengan belanja yang tidak sedikit ditinggalkan begitu saja.
Antara sebab-sebabnya ialah anak-anak tidak mahu tinggal di rumah itu setelah ketiadaan ibu bapa yang telah meninggal dunia dan mereka memiliki kehidupan jauh lebih baik di rumah baru di tempat baru.
Ada pula yang terpaksa meninggalkan rumah kesayangan terabai kerana jatuh sakit dan terpaksa tinggal bersama anak-anak untuk kemudahan perawatan dan keselamatan.
Rasanya semacam tidak berbaloi susah payah ibu bapa menyiapkan rumah cantik lagi mahal untuk anak-anak sekiranya langsung tidak dihargai setelah ketiadaan mereka. Terabai begitu saja. Nampaknya berpada-padalah membuat sesuatu agar tidak merugikan semata akhirnya.
Lagipun seperti kata pantun;
Halia ini tanam-tanaman
ke barat juga condong akarnya
dunia ini pinjam-pinjaman
akhirat juga akan sudahnya..
Di Kuala Pilah pun banyak rumah tinggal. RUmah yang saya dapat bayangkan cantiknya sewaktu masih ada penghuni
ReplyDeletedana suka tengok rumah banglo mewah besar yang terbiar, dalam hati pn cakap sayangnya rumah besar cantik dibiarkankan tanpa penghuni
ReplyDeleteAkhirat negeri abadi
ReplyDeleteApabila ibu bapa sudah tiada, rumah pusaka jadi rumah hinggap sahaja
ReplyDeleteKadang terbiar kosong tanpa penghuni
sy setuju sgt tu kak PI. X perlu la buat rumah besar2 n catik2 sbb anak2 ada rumah n kehidupan mrka sendiri nanti...
ReplyDeleteP.S. Link Kak PI sudah lama ada di dlm blogroll sy. TQ.