Tuesday 13 July 2021

SURAH 104 – AL HUMAZAH (PENGUMPAT).

 ASSALAMUALAIKUM



PERKONGSIAN ILMU:
SURAH 104 – AL HUMAZAH (PENGUMPAT).
Muka surat 601. Mengandungi: 9 ayat
PENGENALAN: Apabila Manusia mengabaikan akhirat hanya mementingkan dunia sahaja, orang itu pasti mempunyai akhlak yang buruk.
Surah ini membicarakan balasan azab kepada golongan yang bersikap demikian. Sibuk dengan pangkat dan mengumpul harta.
AYAT 1 – 3: Sifat orang yang terpedaya dengan dunia.
Ayat 1: Celaka besar setiap orang yang mengumpat dan mencela serta mencaci. AL HUMAZAH – Orang yang mengumpat, mencela dari belakang. AL LUMAZAH – orang yang mencela dan mencaci secara langsung.
Mereka yang mencaci dan mencela kerana berebut dunia – pangkat dan harta. Hatinya kotor semua tak cukup. Kalau tak cukup – megumpat dan mencela. Kalau lebih pun mengumpat dan mencela. Orang yang berebut akhirat tidak ada sifat ini.
Ayat 2: Orang yang cinta dunia – kerjanya hanya mengumpul harta benda dan membilang-bilang hartanya. Tanpa mahu menginfakkan hartanya kerana tamak. Mengumpul harta tidak dilarang dan tidak berdosa.
Maksud ayat ini orang yang mengumpul harta tidak menunaikan kewajipan yang sepatutnya. Sifat tamak kepada harta mendorong kepada sifat sombong dan takbur. Cinta kepada harta menyebabkan dia lalai kepada kewajipan agamannya.
Ayat 3: Dia berbuat begitu sebab. Dia menyangka hartanya dapat membahagiakan dirinya di dunia ini. Dia sangka hartanya kekal dan memberi kesenangan kepadanya. Lumrahnya orang yang bersifat EGO terhadap orang lain disebabkan harta kekayaan.
Ayat 4 – 9: ANCAMAN UKHRAWI –iaitu Ancaman Akhirat dengan Neraka Hutthamah.
Ayat 4: Apabila mati, orang itu dan harta bendanya akan dihumban ke dalam neraka Hutthamah.

Ayat 5: Allah bertanya dengan nada sinis. “Tahukah kamu ap aitu neraka Hutthamah??

Ayat 6: Allah tanya, kemudian Allah jawab. Huttamah ialah Api Allah SWT. Yang dinyalakan atas perintah Allah. Yang membakar orang-orang yang cintakan dunia.
Ayat 7: Api neraka Hutthamah akan menjulang hingga membakar hati-hati manusia yang cintakan dunia. Orang itu diikat di atas palang dan dibakar sekelilignya.
Ayat 8: Api yang membakar itu ditutup rapat. Membakar sekeliling orang yang telah diikat. Api dari atas, dari bawah, dari kiri dan dari kanan. (Macam dalam oven).
Ayat 9: Mereka diazab di dalam neraka Hutthamah. Diikat pada batang-batang palang, yang melintang panjang dan dibakar. Api dunia kepanasannya 1/70 – panas tak tertahan. Bayangkan api neraka kepanasannya 70/70 . Iaitu 69 kali ganda panasnya daripada api dunia.
“SEMOGA ALLAH JAUHKAN KITA DARIPADA AZAB NERAKA. ALLAHUMMA AMIIN.”

13 comments:

  1. kena banyak beristighfar ni..kadang ngumpat dalam hati.

    ReplyDelete
  2. nauzubillah jauhkanlah kita semua....

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah
    Sama2 kongsi ilmu bermanfaat

    ReplyDelete
  4. Saya takut masuk neraka Kak PI. Kadang-kadang tak sedar terikut-ikut mengumpat orang,
    Saya tahu tak layak masuk syurga Allah! Mudah-mudahan dijauhkan dari panas api neraka.

    ReplyDelete
  5. TErima kasih atas peringatan ini. rasa terjentik dlm hati.

    ReplyDelete
  6. Nauzubillahiminzalik, tkasih atas peringatan.

    ReplyDelete
  7. Terima kasih kak share perkongsian ini

    ReplyDelete
  8. Ya Allah..jauhilah kami semua dari azab api nerakaMu

    ReplyDelete
  9. Terima kasih atas peringatan bersama K.Pi. Takutnya baca

    ReplyDelete
  10. Terima kasih atas perkongsian yang bermanfaat ini.

    ReplyDelete
  11. Semoga dijauhkan sifat mazmumah ni dari diri kita

    ReplyDelete
  12. Terima kasih atas perkongsian dan peringatan ini kak PI. Semoga Allah swt sentiasa memberkati.. aamiin

    ReplyDelete
  13. Sifat tamak memang harus dihindari.

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist