Thursday 15 July 2021

PENGORBANAN

 ASSALAMUALAIKUM



"AKU RELA BERKORBAN"
Ku lihat ramai klien beratur diluar dan panjang berbaris menunggu giliran untuk menerima suntikkan.
Aku kesihan melihat mereka yang sanggup datang dari jauh hanya untuk menerima satu suntikkan.
Di dalam semasa aku hendak beri suntikkan pula aku sempat membuat kajian secara rawak mengikut masa dan kesempatan yang aku ada. Aku telah bertanya akan pendapat mereka. 100 % dari mereka yang datang menerima vaksin, bersyukur terhadap tindakkan kerajaan. Tidak kiralah samaada mereka orang Melayu, China atau pun India dan juga warga asing seperti Indonesia, Bangladesh, Pakistan dan lain lain. Mereka semua menyuarakan kesyukuran terhadap tindakkan kerajaan Malaysia yang memberikan vaksin percuma. Semua mereka yang aku soal menyatakan pandangan bahawa adalah lebih baik ada vaksin dari tidak ada vaksin. Walaupun mereka juga tahu bahawa mengambil vaksin adalah hanya satu usaha untuk prevensi sahaja dan bukan menjadi kebal. Mereka kesemuanya mengharapkan agar rakyat Malaysia yang masih negatif terhadap vaksin akan berubah pandangan kepada yang baik dan positif. Pendapat mereka bagi individu yang tergulung dalam menyebarkan berita palsu memburuk burukkan usaha kerajaan dan vaksin dapatlah dihapuskan.
Mereka yang datang berusaha menerima vaksin sudah rasa letih untuk duduk dalam keadaan tertekan kemiskinan. Mereka bosan menerima respon segelintir masyarakat yang sengaja tidak menyokong dan memperdulikan hasrat serta usaha kerajaan Malaysia. Mereka letih kerana dengan adanya orang begini, keadaan pandemik Covid-19 negara Malaysia masih tidak dapat dibendung dengan jayanya. Hari hari kes semakin meningkat. Ekonomi individu hapus , ekonomi negara merundum. Penderitaan mereka yang tinggal di hospital tanpa katil dan dalam keadaan tidak selesa. Mereka mengharapkan agar rakyat Malaysia turut sinpati dan enpati. Mungkin tidak kena kepada diri dan famili terdekat mereka sendiri. Maka mereka tidak langsung dapat merasakan apa yang orang yang telah dan sedang menjadi mangsa Covid-19 di hospital.
Semua bangsa yang aku suntik, secara rawak aku soal untuk data anekdota aku sendiri menyokong usaha murni kerajaan walaupun dalam ekonomi tenat.
Aku sangat simpati terhadap mereka yang sanggup datang dari jauh, beratur berdiri berpanas dan kadang hujan renyai renyai menantikan giliran untuk disuntik.
Usaha Pusat Vaksin Negara di tempat aku ditugaskan sudah pun mempertingkatkan usaha dengan meningkatkan jumlah kaunter suntikkan vaksin. Kini kaunter digandakan dua kali ganda. Dari jumlah 12 kaunter suntikkan sudah menjadi 24 kaunter suntikkan. Tahniah kepada semua lapisan jururawat yang telah bwesara. Mereka juga dari umur 60 an dan 70an sanggup masuk gelanggang manusia tidak tahu status.
Setiap kaunter, penyuntik boleh menyuntik 100 orang klien dari jam 8.00 pagi hingga 4.00 petang dan 100 orang klien lagi dari jam 4.00 petang hingga 9.00 malam.
Ini bermaksud 200 orang setiap kaunter dalam sehari. Jika dikalikan dengan 24 kaunter , lebih kurang 4,800 klien sehari.
Tahniah kepada Tan Sri Hanippa dan ahli serta penyuntik vaksin negara. Semoga dapat memenuhi hasrat kerajaan Selangor iaitu lebih 80 % rakyatnya Selangor menerima suntikkan teecapai.
"aku rela berkorban" demi negara tercinta sesuai dengan Motto Universiti MAHSA "Be More" dan falsafah diriku, "Giving extra miles service."
Ipar duaiku sangat bimbangkan aku dan menegur suamiku yang mengizinkan aku masuk ke dalam gelanggang sekumpulan manusia yang tidak tahu status Covid-19 mereka.
Jawapan ku kepada mereka bahawa hidup dan matiku adalah hanya dengan ketentuan Allah. Bukan keadaan atau manusia yang menentukan.
Disamping itu, aku juga sudah berusaha dengan mengambil vaksin untuk prevensi. Aku juga amalkan "Standard Operational Procedure" yang ditetapkan.
Jika Allah telah menjanjikan, aku pilihan bunga terindah untuk disunting, dengan firman-Nya 'kun' maka 'jadi' lah.
Siapa aku, untuk mempertikaikan atau menghalang ketententuan-Nya. Sebagai ciptaan-Nya aku reda.
Sumpah sebagai jururawat,
Aku rela berkorban walaupun tanpa sejata,
Aku rela berkorban dengan kemampuan sebegitu cuma.
Aku rela berkorban demi bangsa dan negara.
Aku rela berkorban dengan kemahiran yang ada.
Aku rela berkorban
menjadi Penyuntik Vaksin Negara tercinta.
Haraslegend
15 Julai 2021
Cyberjaya

8 comments:

  1. Waalaikumusalam, pengorbanan penuh bermakna, lagi berjiwa wira. berterima kasih sangat kepada mereka

    ReplyDelete
  2. Besarnya pengorbanan dan tingginya komitmen barisan hadapan. Berkhidmat untuk masyarakat!

    ReplyDelete
  3. pengorbanan frontliners sangat besar time pandemik ni..saat kita bergembira bersama keluarga, mereka bertungkus-lumus dgn pesakit, proses vaksinasi..

    ReplyDelete
  4. terima kasih semua frontliner :)

    ReplyDelete
  5. abe kie masih tunggu giliran ni. harap dpt la sebelum masuk thn 2022 nanti. Aamiin...

    ReplyDelete
  6. Kita jangan lupa doakan untuk mereka semua dibarisan hadapan.

    ReplyDelete
  7. Sungguh mulia pengorbanan frontliner. Hanya Allah sahaja mampu membalasnya.

    ReplyDelete
  8. Terima kasih atas pengorbanan yg mulia ini. Terima kasih buat semua Fronliners

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist