Saturday 7 November 2020

PENGHARGAAN SIFU TABIR ALAM

 ASSALAMUALAIKUM

badge icon
Admin
 16h 
Ke sawah sama pemudah pihak,
sebuah nama Paridah Ishak.


TERIMA KASIH BANYAK SIFU


DI HUJUNG PULAU
Biasanya tepat jam 6.00 petang aku berada di atas katil berbaring merehatkan diri sehingga Maghrib. Sambil itu membaca hantaran sahabat WassApp di grup yang disertai, memegang SP dengan sebelah tangan yang tidak berdaya sangat memang masalah. Seringkali saja SP terjatuh dan tidak dapat membaca info yang dihantar kawan-kawan dengan baik. Adalah satu dua grup penulis yang kusertai selain GBK dan SPTA.
Sedang ralit membaca hantaran Aloy Indera Jokina dari grup PENULIS SABAH, SP yang dipegang terjatuh pula. AIJ menulis tentang penerbitan buku tanpa kos dan penerbit akan memberi kepada penulis 5 buah buku setelah bukunya diterbitkan. Aku tidak berminat pun. Sebab sudah malas rasanya hendak menyiapkan apa-apa manuskrip.
Tiba-tiba kudapati dalam senarai nama-nama kawanku seseorang yang tidak kukenali. Kubiarkan saja. Mungkin aku tertekan nama itu tak tersengaja. Lantaklah. Maleh nak melayannya. Tertera pula mesejnya mengenalkan diri dari SANTAI ILMU dan bertanyakan aku menulis dalam genre apa. Dan ingin menerbitkannya. Tentulah genre puisi. Walau menulis puisi agak sukar menggubah aksara dengan tepat lagi indah tapi setelah ilham menjelma cepat saja siap menulisnya. Sebab puisi taklah panjang berjela seperti cerpen, essei atau novel. Manuskrip puisi pula tiada.
Aku teringat sebuah manuskrip novel yang pernah kuemel kepada beberapa penerbitan. Ada penerbit memberi jawapan akan menilainya. Ada yang diam tanpa balasan dan ada yang memberi komen selayaknya seorang editor. Menurutnya penerbitan itu focus menerbitkan cerita fiksyen dan menjadi kesukaan generasi muda. Laras bahasa yang kugunakan tidak sesuai heh..heh…
Katanya bahasa Melayu standard DBP ini sukar diterima pembaca era kini. Lalu dia sarankan aku hantar saja ke DBP. Aku pula tidak yakin DBP akan menerimanya kerana di dalamnya terdapat banyak juga perkataan Inggeris.
Dan DBP pasti menolaknya.
Daripada terpendam saja DI HUJUNG PULAU dalam folder tidak salah kalau aku cuba hantar ke penerbitan ini. Kalau diterbitkan nampak juga hasil karyaku itu. Pihak penerbitan menilaiya tidak lama. Setelah itu kuterima surat izin terbit untuk ditandatangani. Aku pesimis saja. Entah mengkalalah nak terbitnya tu.
Novelku yang pertama KELARAI IMPIAN pun mengambil masa empat tahu baru terbit. Alhamdulillah terbit juga tika Covid 19 galak menular. Meleset pula sangkaanku. Terkejut menerima khabar dari pihak penebit bahawa DI HUJUNG PULAU sudah dicetak. Woih cepatnya! Proaktif sungguh.
Sebenarnya novel ini adaptasi skrip drama TV karya penulis/artis juga bekas wartawan Fauziah Samad isteri adik bungsuku. Kuolah semula dengan izinnya dalam bentuk novel pula. Selalunya novel dijadikan skrip drama TV atau filem. Ini terbalik pula. Bantailah labu!
Siap saja manuskrip sahabatku Lela tolong mengeditnya. Kali ini seorang lagi editor turun tangan iaitu penulis Wan Kursiah Hanum. Kedua-dua penulis mapan Terengganu ini bersusah-payah memurnikan karyaku. Terima kasih banyak sahabatku Noorlaila Ghafar dan Wan Kursiah. Jasa dan baik budi kekal selama di hati tidak terdaya dibalas. Semoga Allah saja yang membalasnya dengan sebaik-baik ganjaran.
Terima kasih cik adik ipar yang mengizinkan karya dinovelkan. Dan tidak terlupa ucapan terima kasih kepada editor dan penerbit SANTAI ILMU justeru kesudian menerbitkan karyaku yang seadanya saja itu.

8 comments:

  1. Bestnya dalam keluarga ada yang minat sama. Bila jumpa sembang pasal penulisan je. Baru lah minat tu berkembang kan kak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. TKSH DI YA PEMINAT SASTERA NI TAK RAMAI DLM KELUARGA KAK CUMA KAK N ADIK IPAR SAJA..BOLEHLAH BERCERITA SIKIT TNTANG SASTERA

      Delete
  2. alhamdulillah...semoga minat yg ada terus bercambah

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah, saya pun dah order tadi ;)

    ReplyDelete
  4. Wah tahniah kak PI berjaya menerbitkan sebuah novel.

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah syukur. Tahniah kak PI atas penerbitan novel baru

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist