Thursday, 12 November 2020

ILHAM

 ASSALAMUALAIKUM



ILHAM

 

Daku terkesima

merenung kosong

kau tiada

ke mana?

 

Aku selak-selak

lembaran lama

helai-helai

kenangan

 

Inginku cantum

semua citra

perca-perca

riwayat

 

Menjadikan karya

ada emasnya

aras mercu

bernilai


19 comments:

  1. writer's block ni kadang2 buat sakit kepala huhu

    ReplyDelete
  2. Waalaikumussalam.
    Moga ilham terus mencurah datang bagai air sungai mengalir laju.

    ReplyDelete
  3. Cantik bunga kaktus tu kak PI, kembang sekuntum menghias pagar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. TKSH NOR NAGA NI RAJIN BERBUBGA

      Delete
    2. Saya kalo tadak idea, saya menyepi jelah jawabnya,kak PI takde ilham boleh juga menulis๐Ÿ˜‰

      Delete
  4. kena beralih angin tu,..baru datang ilhamnya.. Mungkin ada di Langkawi ke, pulau perhentian ke.. Nak keluar negara tak dapat le..hahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. TKSH DI YA BETUL JUGA SESEKALI KENA KELUAR GUA HEH..HEH..

      Delete
  5. Wak tak pandai nak mengilham penulisan kreatif macam ni.
    Nak mahamkan pun kadang terkial2.

    ReplyDelete
  6. sukarnya utk mendapatkan ilham.

    ReplyDelete
  7. Adakala deras bagai air yang mengalir. Ada masa tandus umpama musim kemarau. Moga Allah sentiasa beri ilham yang lancar kepada kita semua.

    ReplyDelete
  8. saya kalau xde ilham memang berhabuk blog..
    kadang mencurah2.. tapi malas pula..

    ReplyDelete
  9. penulisan ni deep kan... suka bila baca org yg pandai berkarya ni

    ReplyDelete
  10. bila ketandusan idea ,berhari2 blog takk berupate

    ReplyDelete
  11. Waalaikumussalam kak. cantik bunga XD

    ReplyDelete
  12. Ilham..
    Bila dicari tidak berjumpa..
    Bila ditunggu tak kunjung tiba..
    Bila masa mencemburui Kita..
    Masa itu lah ilham datang mencurah-curah..
    Penyudah nya blog saya ...
    Sepi berlalu begitu saja..๐Ÿ˜

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist