ASSALAMUALAIKUM
TIGA HARI
Hanyalah tiga hari sahaja
akan berada hamba di sini
sedari pagi sehingga senja
malam beransur menjelang dini
Ternyata hari milik sebenar
hayatnya hamba untuk nikmati
menarik nafas mengusir nanar
amal ibadah sesungguh hati
Semalam sudah jadi kenangan
pahit dan manis tertulis rapi
sejarah lalu sumber karangan
terbuai rindu mengulit sepi
Mengharap esok bakal menjelma
entahkan mungkin entahkan tidak
rencana susun sekian lama
takdir penentu apa kehendak
PARIDAH ISHAK
Desa Melor Serendah
21/11/022
Orang kata hidup kita hanya 3 hari sahaja. Semalam yang telah ditinggalkan. Hari ini yang perlu dihadapi. Dan esok yang belum pasti.
ReplyDeletedeep ni, kena sentiasa dlm peringatan
ReplyDeleteMoga Allah sentiasa beri kita peluang untuk terus perbaiki diri. Aamiin..
ReplyDeletesemoga hari ini lebih baik daripada semalam..
ReplyDeleteSemoga tiga Hari yg diberi digunakan dgn manfaat Kan kak PI,
ReplyDeleteIndahnya bait2 pantun nasihat kak PI..semoga kita sama2 muhasabah diri.
ReplyDeletebaru dengar man raja lawak pun cakap macam ni, sesungguhnya benar!
ReplyDeleteSemalam, hari ni dan esok.
ReplyDeleteSemalam telah ditinggalkan, berkurang sehari umur kita.
Hari ni kita lalui dengan mengharap rahmat dan redha Allah..
Esok..belum tentu milik kita..
Lain rencana yang disusun, tapi Dia juga yang maha penentu.
ReplyDeletesemoga kita sentiasa dilindungi tuhan, amin
ReplyDeletesemalam yang tak akan berulang, esok yang belum pasti bertemu dan hari ini tempat kita menabung amalan
ReplyDeletesemoga kita dilindungi olehnya
ReplyDeleteDunia itu hanya 3 hari ya K.PI
ReplyDeleteKelmarin, besok, hari ini
Tq kak, sangat mendalam maksudnya.
ReplyDelete