ASSALAMUALAIKUM
RADEN MAS AYU #1
RADEN MAS AYU
Tersebut dalam satu
negeri,
kisah berlaku zaman
bahari,
Pengiran Agung dari
Kediri,
kisah disyair
terasa nyeri.
Pengiran Agung
semangat waja,
akan kekanda
seorang raja,
pahlawan hebat tidak
mendurja,
apa dititah buat
sahaja.
Ada yang dengki
akan dirinya,
jawatan penting
yang disandangnya,
adinda tiri kanda
iparnya,
gemar mencari salah
silapnya.
Hanya Dandiar kawan
pengiran,
ikhlas dan tulus
nyata gelaran,
sering bersama
tiada jeran.
lunak hatinya
mengikut saran.
Pengiran Agung
segak dan tampan,
ramai terpikat
pandang terpempan,
hendak berkahwin
entahnya kapan,
Ratu bertanya kala
berdepan.
Hai Kanjeng Ratu
adakan majlis,
dalam keraton tamu
memilis,
bersukaria duka
digilis,
bertatarias melentik
alis.
Pengiran Agung
tidaklah kisah,
diam sendiri
mengurai resah,
duduknya jauh agak
terpisah,
hanya perhati hati
gelisah.
Tiba-tiba
tersorotlah mata,
di tengah ramai
rakyat jelata,
gadis nan ayu
cantik jelita,
sedang menari
menyeri pesta.
Hati pengiran sudah
tertawan,
ingin bertemu
dengan rupawan,
pesona cinta
menambah rawan,
rindu teramat tidak
terlawan.
Akhir bertemu
dengan Mas Ayu,
gadis penari termalu
luyu,
penangan cinta
mengusir sayu,
menyulam kasih
selembut bayu.
Wkmsalam
ReplyDeleteAda sambungannya lagi ni
terus google sejarah raden mas ayu ni :)
ReplyDeleteOh kisahnya benar ye Raden Mas Ayu ni
ReplyDelete