ASSALAMUALAIKUM
ANGKASAWAN
TAKUT LIPAS
Abqori
berusia 7 tahun. Baru bersekolah tahun
satu. Tapi hanya sempat bersekolah pada semester pertama sahaja tahun ini
lantaran wabak covid-19 melanda Negara pada Mach 2020. Kebanyakan masanya
berada di rumah bersama adik beradiknya kerana PKP yang bermula mulai Mach 2020.
Kemudian dapat bersekolah sekejap setelah PKPP kerana lengkuk tularan Covid-19
agak landai.
Namun
kegembiraan bersekolah tidak lama dapat dirasakan dia dan abang-abangnya kerana
wabak yang sangat digeruni seluruh dunia itu kembali mencanak tinggi lantaran
SOP yang ditetapkan KKM tidak dipatuhi sebaiknya gara PRN di Sabah. Kerajaan
pun segera mengishtiharkan PKPD di Selangor, WP dan Sabah kerana di sinilah
gelombang Covid-19 beralun semula.
Walau
selesa di rumah dengan pelbagai kegiatan yang diatur ibunya setiap hari namun
tetap terlampias keinginannya hendak ke sekolah. Abqori seorang anak yang
cerdas. Cita-citanya ingin menjadi angkasawan. Di masa hadapanlah tu. Ketika ke Planeterium
Negara mengikut ibunya yang kebetulan ada tugasan di sana, dia begitu tertarik
dengan pakaian angkasawan yang dipamer di situ. Teruja dia hendak mencubanya.
Lantas meminta ayah dan ibu membelikannya. Puas pula ayah ibunya mencari alasan
yang bersesuaian untuk menolaknya.
Tapi
permintaannya untuk mendapatkan pakaian angkasawan itu memang kerap
diulang-ulang kepada ayah dan ibunya.
Suatu
pagi terdengar jeritannya nyaring dari dalam bilik air.
“Kenapa
Qori”
“Itu!”
balas Abqori ketakutan sambil memeluk ayahnya.
“Dengan
lipas pun takut.” Ayahnya mengikih ketawa disambut abang-abangnya.
“Kata
nak jadi angkasawan. Dengan lipas pun takut.”
“Tapi
kat angkasa mana ada lipas kan ayah!” balas Abqori yakin.
Anak-anak kecil ini daya imaginasinya sangat tinggi. Bagus Abqori. Kanak-kanak genius. Moga tercapai impian untuk jadi angkasawan.
ReplyDeleteHehehehe. Lucu. Mesti dia terkejut nampak lipas tu. Kadang bukan takut tapi geli.
ReplyDeleteHehehe...
ReplyDeleteBoleh Pula kata tak Ada lipas kat angkasa ye..
Cucu kak PI ke ni. Cerdik budaknya
ReplyDeleteTinggi juga cita2nya tu, mudah2an jadi angkasawan yg beriman ya abqori
Semoga tercapai cita2 Abqori dan semoga Covid segera pulih. Dapatlah anak-anak ke sekolah semula
ReplyDeletebetul kan, angkasa mana ada lipas ! heeh h
ReplyDeleteBetul jawapan dia tu, bijak hehehe
ReplyDeleteHahaha bijak bijak Abqori :)
ReplyDeletehahahha bijak bakal angkasawan nih tau, kat angkasa mana ada lipas... makhluk asing adalah kan...
ReplyDeleteadik bongsu dana yang dah umur 21 tahun pun takut lipas kak, kalau jumpa lipas macam jumpa hantu...
Wah, sebaya dengan anak saudara zumal. Tapi lipas takut dia 😂
ReplyDelete