Monday, 30 November 2020

TETAMU MALAM

 ASSALAMUALAIKUM



PI KONGSIKAN DI SINI PENGALAMAN PENULIS ZAH ISA MENEWASKAN ULAR SAWA DEMI MENYELAMATKAN NYAWA HAIWAN TERNAKANNYA..KEBERANIAN YANG MUNCUL TIBA-TIBA MENDEPANI SITUASI YANG DIGERUNINYA...TAKUT ULAQ...SAMALAH DENGAN PI PUN.


SETAHU PI ZAH ISA SEORANG NOVELIS...DAN BANYAK KARYANYA TELAH DITERBITKAN... 



Dia datang lagi. Tengah malam pulak tu. Ikut longkang besar dari lombong, masuk ke reban yang ternganga. Aku ingat nak pergi tutup, layan cerita Korea, terlelap sampai mengigau. Aku mula cuak bila ayam keluar dari reban memekak-mekak dekat pukul satu pagi.

Dengan berbekalkan lampu suluh dan sabit kedai dua ringgit, aku turun kebun. Berderau darah aku bila melangkah masuk je reban, aku tengok si sawa tengah belet angsa betina yang tengah mengeram. Leher si ang dah terkulai dengan kepalanya berdarah sikit. Aku rasa dia kena tumbuk.

Entah semangat apa yang merasuk aku, aku terus cangkuk si sawa dengan sabit. Dua kali aku cangkuk, baru dia lepaskan belitan dia. Aku terus tarik leher angsa sampai luar reban. Syukur sangat, panjang nyawa ang. Sawa dah menyorok kat mana pun tak tahu.

Aku kurung ayam-ayam yang boleh aku tangkap dalam sangkar besi. Aku katup reban, supaya sawa tak boleh keluar. Aku angkut ayam yang tengah mengeram bawak ke bawah blok. Main kejar-kejar dengan itik naik atas bukit tengah malam buta. Tidak karang, babi pulak yang ambik tempat.

Masa tu aku cuma baca Bismillah Lima. Takut aku tepis ke tepi. Lepas letak ang jantan dan betina bawak blok, aku naik atas rumah. Konon nak ambik talipon, nak Google macamana nak tangkap ular. Kak cik dah menjerit suruh abang call bomba. Masa tu badan aku dah basah lencun. Abang ambikkan tuala, aku mandi, salin baju turun bawah balik. Abang dah turun dulu.

Aku jerit-jerit panggil dia, rupanya dia dalam reban sorang-sorang. Dah la tak bawak senjata. Aku suruh dia keluar. Ngam-ngam sampai satu pasukan bomba, tahu je mana lokasi aku. Ingat lagi dia orang, dulu dah pernah datang tangkap si sawa kat tempat yang sama. Mak, pak, adik-adik dan anak-anak aku tahu sangat aku memang takut dengan ular. Tengok kat tv pun aku tak nak. Tapi tulah.. benda yang aku takut tu la yang gedik sangat nak jumpa aku...

16 comments:

  1. Bila dlm keadaan terdesak,keberanian muncil menewaskan rasa takut

    ReplyDelete
  2. alamak.. tetamu macam ni xmooo terima ni..
    kalau saya mmg freak out dah.. kena berani tapi x mampu..

    ReplyDelete
  3. Best pulak baca, dlm cemas2 tu diselit dgn unsur2 humor membuatkan kisah ni seronok dibaca.

    ReplyDelete
  4. Macam sama pulak dengan kisah bekas jiran arwah mak kat kg 2 hari lepas.Dia buat status wasap ,ular sawa yang telah ditangkap bomba.Ular sawa tu pun dalam reban ayam.

    ReplyDelete
  5. agaknya kalau jadi kat saya, apalah yang mampu saya fikirkan huhu

    ReplyDelete
  6. Bila terdesak yang takut jadi berani yang tak pandai jadi pandai kan.

    ReplyDelete
  7. Huish..kalau jadi kat cheq lagu ni, cheq teruih tepon bomba ja..sebab cheq tak berani! 😖

    ReplyDelete
  8. Ya Allah..saya yang baca pun jadi risau.Kalau hantu saya tak kisah tapi binatang yang satu ni memang berdoa la tak mau terserempak.

    Berani pulak tu dia sabitkan ular tu.

    ReplyDelete
  9. menarik tulisan beliau.

    saspen dan dramatik.

    pembaca seolah-olah berada di lokasi kejadian

    ReplyDelete
  10. beraninya kak... tapi bila dah terdesar kita boleh jadi berani lain macam

    ReplyDelete
  11. takutnya..ular sawa pulak tu..

    ReplyDelete
  12. ms kecik2 dulu rumah sy selalu msk ular. maklum laa rumah tepi sawah. time hujan sure ada punya...

    ReplyDelete
  13. p/s sy akn dtg komen / BW lepas ni ya... skrg nk cr mood dan rentak berblogging setelah sekian lama meninggalkannya hehehe btw terima di atas komen2 yg ditinggalkan spnjg 'ketiadaan' sy ;)

    ReplyDelete
  14. Takut tak takut pun berani cangkuk dengan sabit. Hebat betul penulis. Yelah, bila terdesak terus jadi berani

    ReplyDelete
  15. Makhluk ni zumal pun takut, kalau nampak siap terbayang lebih dari takut hantu

    ReplyDelete
  16. penulis ni, berani betul kan, demi nak selamatkan ternakkan dia, dia berani...

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist