Wednesday, 20 May 2020

SKETSA AIDILFITRI

ASSALAMUALAIKUM



SKETSA RAYA DULU-DULU




DAM DAM DUM BUNYI MERCUN
KANAK-KANAK SEGERA DATANG BERDUYUN
DAM DAM DUM MERCUN BERDENTUM
SEMARAKLAH HARI RAYA INI TAHUN...



Itulah senikata lagu raya nyanyian Biduanita Negara, Saloma bahagian akhir sebelum ditiadakan baris-baris itu kini untuk menyesuaikannya dengan situasi era sekarang yang melarang permainan mercun pada musim perayaan atau bila-bila masa. Walau dilarang/diharamkan, penjualannya berleluasa juga.

Tapi kala 60-70an tidak ada larangan itu sebab itu senikata lagu raya Saloma itu kedengaran syahdu dan indah harmoni menggambarkan keriaan suasana hari raya. Tidak pula berita akhbar, radio, TV semasa yang melaporkan tentang  kecederaan, putus tangan/kaki, buta mata dll akibat bermain mercun. Mungkin saja cara pemberitaan dahulu tidak terlalu menyeluruh kut...Ah..itu cuma kataku saja.

La ni jangan buat main. Hak asasi manusia yang tidak mahu terganggu dengan bunyi bingit letusan mercun sentiasa disuarakan.
Sedikit petikan di ambil dalam sembang pagi PAHANG FM "Koi tak kira koi nak main mercun bola juga, koi nak baling kat depan rumah tu.."
"Kenapa awak marah sangat...? DJ
"Mestilah koi marah anak koi nak tidor...anak koi baby lagi...dema lentum lentam main mercun...tak reti base betul...yang main tu bukan budak-budak tapi bapak budak...dah guana..."
Hmm..

Apalagi media massa cakna dengan cerita kemudaratan akibat bermain mercun. Dada akhbar sentiasa ada berita tentang itu setiap kali menjelang raya. Bermain tapi menimbulkan mudarat baiklah tak usah.

Lagipun bukan itu budaya MELAYU/ISLAM. Boleh jadi kita tidak tahu mengendalikan permainan ini seperti orang Cina. Walau mereka pakar tapi kilang mercun mereka meletup juga. ALLAH menyuruh hamba-hamba-Nya menghindari musibah walau sekecil mana.
Cerita yang kutulis lama duhulu kini tinggal kenangan. 2020 menyaksikan normal hidup drastik berubah kerana coronavirus merajalela menjangkiti mangsanya. Normal yang perlu diadaptasi sebaiknya untuk memutuskan rantaian wabak. Berapa lama? Mungkin dalam tempoh jangka masa yang lama. Rencana Allah tiada siapa upaya menduganya. Bersedialah hadapi hidup sentiasa berada dalam situasi kecurigaan dan kewaspadaan tahap tinggi demi menjaga kemasylahatan kesihatan.

SELAMAT MENYAMBUT AIDILFITRI BLOGGERS DAN VIEWERS SALING KITA MEMAAFKAN KESILAPAN

7 comments:

  1. waalaikumussalam. memang rindu kenangan raya. sekarang pun sambut dengan anak2 di kampung. alhamdulillah dapat stay kat rumah mak ayah di kampung dan kerja pun di kampung :D

    ReplyDelete
  2. Syawal,mewah dengan ceritera kegembiraan.

    ReplyDelete
  3. tahun ni xde dah bunyi mercun.. pkl 9 malam pun dah sunyi.

    ReplyDelete
  4. Ye kak paridah..
    Semua nya tinggal kenangan..
    Tiada lagi bertarawih Di masjid/surau..
    Tiada lagi kunjung mengunjung dihari raya..

    Ye Allah SWT jua yg Maha Mengetahui Dan Maha Pengatur..
    Kita sbgi hamba Nya..
    Tunduk patuh atas Perintah Nya..
    Semoga Wabak ini Akan segera berakhir..

    ReplyDelete
  5. walaupun gembira menyambut hari raya, kena berhati-hati..jaga kebersihan..

    ReplyDelete
  6. Tapi rasa pelik bila xde bunyi mercun. Mungkin sebab kita dah terbiasa saban tahun. Tahun ni lain caranya tapi terima sajalah

    ReplyDelete
  7. raya tahun tak sama langsung kan. btw, selamat hari raya Kak PI

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist