Tuesday, 5 May 2020

COOKIES/BISKUT

ASSALAMUALAIKUM




COOKIES/BISKUT PKP

Ramadan sudah masuk hari ke 12. Walau dalam tempoh PKP tapi sudah ramai suri rumah atau peniaga online sibuk sekali menyiapkan tempahan juadah raya. Pabila puasa Ramadan selesai ditunaikan selama sebulan tentulah Aidilfitri akan disambut. Sama ada semata berkurung di rumah patuhi PKP bukan soalnya untuk tidak meraikannya dengan riang.
          Jadi persiapan menyambutnya diadakan juga walau secara sederhana. Pakaian baharu untuk anak-anak mesti dibeli untuk menggembirakkan mereka dan menceriakan suasana. Tidak perlu ke pusat membeli-belah untuk membelinya. Bimbang mudah terdedah jangkitan coronovirus pula, Boleh saja dipesan kepada web yang menjalankan bisnis berkenaan. Begitu juga dengan kuih muih. Pada hari raya tentulah nak merasa kuih raya sedikit sebanyak. Kalau rajin buatlah sendiri walau sejenis dua. Membuat cookies/biskut tidaklah susah.
          Dulu-dulu memasak cookies ini memang suka kulakukan. Dalam sehari lima jenis biskut/cookies mampu kusiapkan. Membakarnya menggunakan oven hitam berkotak saja. PelbagaI cara membuat cookies/biskut diadaptasi sebaiknya dengan perisa dan hiasan yang disukai. Kreatiflah kononnya heh..heh..
pengalamanku kala membuat cookies/biskut ingin dikongsi juga agar ramai yang tahu.... ilmu yang kuperoleh daripada emak saudaraku yang telah tiada eloklah diperturunkan walau biasa-biasa dan sedikit saja pun...

          Kadangkala  kita mendapati cookies yang dijual langsung tidak rangup, keras membatu.  Dibaling  ke dinding pun tak pecah....apalagi untuk dikunyah gigi yang tak berapa ada...mesti tak lut punya....biskut yang sebegitu mesti terlebih banyak menggunakan tepung gandum.
          Untuk  merangupkan biskut agar lebih ringan gunakan saja tepung jagung, tepung kastard, tepung ubi atau campur kedua-dua tepong itu dengan menambah tepong gandum sedikit-sedikit untuk memejalkan doh sehingga mudah dicanai.

tidaklah perlu menggunakan serbuk penaik, baking soda atau bicorbonate soda...nanti terlebih rangup dan biskut tidak cantik jadinya.
          Kini hanya tinggal perca-perca kenangan itu yang tidak mampu dicantum semula.

20 comments:

  1. dana takde kemahiran buat biskut raya kak, kalau setakat cornflake madu tu bolehla hehehe... itu kalau kat kampung tolong adik2 bolehla, tapi kalau nk buat sendiri memang mintak ampun tak berani

    ReplyDelete
    Replies
    1. TKSH DANA PADA KAK BUAT BISKUT MUDAH N CEPAT

      Delete
  2. meriah biskut2 nya PI, saya belum ada apa2 persiapan lagi sehingga hari ini :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. TKSH ANA BUAT BISKUT NI SAT SAJA TAK PERLU TERGESA-GESA RAYA LAMBAT LAGI

      Delete
  3. Saya pun rasa raya tahun ni macam malas ja nak beli baju.
    Tapi kena beli juga untuk memeriahkan suasana.
    Sekarang tak beli2 pun lagi.

    Tulah, nak beli biskut ni susah betul nak dapat yang berkenan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. TKSH SYED BELILAH APA YG TERINGGIN KAN RAYA MESTI DIRAI

      Delete
  4. oven hitam brand butterfly mmg lejen...ntahlah, mood nak raya belum mai lg..

    ReplyDelete
    Replies
    1. TKSH NOHAS OVEN LAMA YG ANTIK HEH..HEH

      Delete
  5. macam nak buat juga sejenis dua biskut raya. hmm sementara berkesempatan nih hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. TKSH SILAH BUAT TUMPANG BERKESEMPATAN NI

      Delete
  6. Rajin kak paridah dah buat cookies..
    Saya tak Ada kerajinan ni🤭

    Selamat menjalani ibadah puasa kak paridah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. TKSH DIK TAK ADALAH SKADAR MENCORET KENANGGAN SAJA SELAMAT BERPUASA

      Delete
  7. Saya pun sh bbrapa th menyerahkn tugas buat kuih raya kt anak2 dara..

    ReplyDelete
  8. Kalau ada kesempatan teringin juga nak buat biskut raya tahun ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. TKSH FIDAH YALA RANCANG AWAL KUIH NK DIBUAT

      Delete
  9. rajinnya akak dah start buat.

    ReplyDelete
  10. owh patot la kdg2 biskut yang dibuat terlebih kembang, tapi rangup. tq atas infonya

    ReplyDelete
    Replies
    1. TKSH MUNIRAH BISKUT KEMBANG XBERAPA CANTIK TAPI SEDAP JUGA

      Delete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist