Thursday, 21 May 2020

JANGAN BODOH SOMBONG

ASSALAMUALAIKUM


Pantun-pantun perbidalan Pak engku.


Ringan jerami dibawa puan,
berkain sentung menuju  kali,
lemah gemalai dia menampi,
tidak terdaya sakit digigit,
pesan seraya diubat lali;
jangan zalimi isteri mu tuan,
biar bergantung tidak bertali,
biar bersalai tidak api,
diapit dia tidak bersanggit,
ditambat dia tidak bertali.

Perbidalan: 1) Bergantung tidak bertali, bersalai tidak berapi.
2) Diapit tidak bersanggit ditambat tidak bertali.
Maksudnya: 1) a) Isteri yang ditinggalkan tetapi tidak diceraikan. b) Peri seorang gundik yang tidak sah.
2) Perempuan yang tidak diberi nafkah oleh suaminya tetapi tidak pula diceraikan.

Ditebang buluh tumbuh sebanjar,
dahan pala jatuh tersangkut,
mana sangkutnya di atas bumbung;
kalau bodoh tak dapat diajar,
cerdik pula tak dapat diikut,
itulah namanya si bodoh sombong.

Perbidalan: Bodoh tak dapat diajar, cerdik tak dapat diikut.
Maksudnya: Orang yang bodoh tetapi tidak mahu mengikut nasihat orang.

8 comments:

  1. Pantun 8 dan 6 kerat jarang didengar. Mesej yang baik

    ReplyDelete
  2. Insyaallah. Semoga ejulz tidak tergolong dalam kalangan bodoh sombong. Semoga sentiasa dalam perlindunganNya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jemputjoin contest kalau belum ya 😊

      https://ejulz.blogspot.com/2020/04/segmen-ucapan-buat-frontliners-covid-19.html?m=1

      Delete
  3. Ruginya orang yang bodoh sombong

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum kak paridah. terima kasih atas perkongsian ini. Saya tertanya2 bagaimana utk membaca/mendeklamasikan pantun bidalan panjang mcm ni? adakah bunyinya sama seperti pantun 2 kerat dan 4 kerat?

    Apa pun, menarik pantun perbidalan pak engku ini.

    ReplyDelete
  5. nice reminder. thank you kak PI. selamat menyambut hari raya aidilfitri kak

    ReplyDelete
  6. Dalam sungguh makna tersirat perumpaan ini kak Paridah..
    Sungguh puitis..

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist