BALIK KAMPUNG
Ya Allah Tuhan kami yang maha Esa,
harap diampun akan segala dosa.
Mukaddimah akan permulaan kata,
basmalah nan suci ungkapan diserta.
Hajatku terbenam tersimpan di kalbu,
melerai rinduku bergelut menyerbu.
TerInginku pulang ke kampung halaman,
bertemu ibunda saudara dan teman.
Rai Aidilfitri seperti selalu,
sedangkan PKP tak benarkan lalu.
Kerana corona membawa penyakit,
jikalau beramai mudahlah berjangkit.
Ditunda dahulu nawaitu terbuku,
biarkan pulih sesuatu berlaku.
Harapan semoga putuslah rantaian,
suasana riang dalam kebahgiaan.
Allah Allah Tuhan yang Maha Pencipta,
sembuhkanlah hamba-Mu menanggung derita.
Sambut hari raya jimat berbelanja,
bersama keluarga di rumah saja.
Karangan nazamku berakhirlah sudah,
kumohon maafkan coretan menggundah.
Ya Allah Tuhan kami yang maha Esa,
harap diampun akan segala dosa.
PARIDAH ISHAK
DMS
10/5/020
sedih juga sebab tahun nih beraya sorang-sorang :_(
ReplyDeleteTKSH HANS HANIS PKPB DH BOLLEH PI BERAYA DALAM NEGERI TU
Deletesaya juga merindui kampung halaman...kena tunggu pkp berrakhir baru boleh balik.
ReplyDeleteTKSH EWANTHOLOGY XPA BERSABAR DULU HINGGA USAI PKP
DeleteAamiin 🤲🏻❤️
ReplyDeleteBoleh balik kg saya saja sbb dlm negeri yg Sama..
En suami yg tak boleh balik kg..
TKSH YATI YA DPT JUGA SAMBUT RAYA N KUNJUNG SAUDARA YG DEKAT
Deletesaya dah 2 bulan duk kmpg.. sek x bukak lg.. nak blk bndr x boleh lg
ReplyDeleteTKSH CIKGU NICK...YALA CIKGU KENA MENGAJAR DARI RUMAH JA
Deletesekarang telefon babah mama pun dah nangis-nangis..lain sungguh kali ini.Allahu.
ReplyDeleteTKSH PC SEDIH KAN TAPI NAK BUAT LAGU MANA
Deletekesiannya yang tak dapat beraya kat kampung.
ReplyDeleteTKSH WP HUHU SIAN KAT KAK KAN
DeleteRaya tetap raya walaupun dekat tapi jauh.. harap2 ada keberkatan ditahun ini walau apa situasi pun.
ReplyDeleteTKSH BUNDA APAPUN RAYA TETAP RAYA KAN
DeleteBertahan sahaja untuk raya kali ni. Untuk kebaikan kita semua jugak. Saya bersyukur duduk dengan mak ayah. Kalau dekat negeri lain mau menangis.
ReplyDelete