DUGAAN HIDUP
Bagaimana menghadapinya dengan
penuh rasa reda dan kesabaran? Mudahkah melakukannya? Memang tidak semudah
diucap bibir. Tapi walau apa cara sekalipun aku sudah berdepan dengan situasi
yang menguji jiwa ragaku. Lagipun bukan aku seorang di uji dengan dugaan yang
dirasa amat perit. Ramai lagi.
Sejak nabi Adam
alaihissalam dicipta Allah Maha Pencipta, kemudian diciptakan pasangannya
wanita Hawa, bunda umat manusia dan hidup berbahagia dalam keindahan Syurga
namun Allah membenarkan Iblis menggoda pasangan itu agar memakan buah khuldi
yang menjadi larangan Allah swt.
Justeru tercampaklah
kedua-duanya ke dunia. Bukan bersama tapi terpisah. Bayangkan bagaimana
perasaan hati kita terpisah dengan yang tersayang kala sedang menikmati rasa
kasih sayang. Setelah 40 tahun berpisah barulah ditemukan Allah swt di Jabal
Rahmah Mekah. Dan berada dalam situasi dunia fana yang asing tentu teramat
besar rintangan yang menduga.
Ujian Allah kepada
nabi-nabi ulul azmi daripada yang pertama hingga 25 tidak sanggup rasanya kita
hadapi. Kitakan bukan insan terpilih dan kita tiada daya menghadapi ujian berat
itu. Lalu berdoalah kita sesungguh hati agar dihindari ujian Allah samaada
kecil atau besar. Dan kita doakan sahabat-sahabat kita dan mereka di sekitar
kita yang diuji musibah yang tak diingini agar segera dilepaskan Allah swt
segala azab atau diringankan. Ujian dalam kehidupan ini berbeza-beza antara
satu sama lain.
Jangan pula kita berkomen
sesuka hati tentang sesuatu kejadian itu. Bimbang kita pula akan diuji dengan
dugaan yang serupa. Sudahnya menangis tak berlagulah jawabnya.
berat mata memandang, berat lagi bahu memikul..
ReplyDeleteTKSH NOHAS PANDANGAN ZAHIR TIDAK MENJELASKAN JIWA
DeleteSabar kita skrg ni umpama langit dgn bumi jika nk dibandingkan dgn sabar para Nabi,para sahabat..
ReplyDeleteTKSH KAM YA BEGITU JAUH BEZANYA
DeleteSusah nak redha ni Ouan...tapi lama lama akan dapat juga...
ReplyDeleteSemoga setiap ujian yg kita tempuhi mendekatkan lagi kita semua kpd kebesaran Illahi. Moga Allah sentiasa mengampuni dosa2 kita semua.. aamiin.
ReplyDeleteSemoga kita dijauhkan dan dilindungi dari segala musibah. Aamiin.
ReplyDeleteAssalamualaikum kak, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
ReplyDeleteAndainya mata hati tidak menjentikkan rasa bahawa ujian adalah sang guru yang mahu mendidik jiwa, bagaimanakah mahu meneruskan kehidupan ini. bahkan seakan mahu rebah tatkala diasak ujian yang bertubi-tubi. namun DIA yang maha pengasih tidak akan menguji di luar kemampuan diri..
SAYA PERCAYA AKAK PARIDAH SEORANG YANG KUAT DAN TABAH..
Betul Kak PI, ujian manusia tak sama. Allah letak ujian itu ikut kemampuan masing2. Akak memang kuat, sebab itu Allah uji.
ReplyDelete