Wednesday 13 May 2020

SELAMAT HARI JURURAWAT....

ASSALAMUALAIKUM

KAN MAIN SUKA LAGI PI PABILA PANTUN PI DIPILIH DJ YANG CANTIK MANIS NI DISIARKAN DUA PAGI BERTURUT-TURUT..ALHAMDULILLAH...TERIMA KASIH DJ YATT  DJ AMELIN SUDI SIARKAN PANTUN PI



Pantun D’Klasik
Radio Klasik RTM
selasa    12 Mei 2020

Pantun dibaca dj Norhayati Abbas

Kerjaya jururawat bukanlah mudah,
tugas mulia lagi diberkati;
sering merawat sehingga sudah,
lakukan kerja setulus hati.
---
Pantun D’Klasik
Radio Klasik RTM
Isnin,    11 Mei 2020

Celah jeriji si ular sawa,
takut sahaya pucat dan lesi;
Ramadan uji iman dan takwa,
akhirnya jaya mampu lepasi.

Asam celagi isi di sia,
sia ditindan biarlah cermat;
amatlah rugi masa tersia,
hadir Ramadan membawa rahmat.

Bersama rakan ke kampung hulu,
hari Jumaat hendak ke Kudat;
usah biarkan Ramadan lalu,
setiap saat isi ibadat.

Pantun dibaca dj Amelin Idrus

Beli juadah di pekan Pagoh,
lintas sempadan menukar hala;
amal ibadah bersungguh-sungguh,
bulan Ramadan himpun pahala.

7 comments:

  1. Alhamdulillah.Tahniah kak PI.

    ReplyDelete
  2. Pantun yang sedap didengar dan ada peringatan berguna. Tahniah kak PI

    ReplyDelete
  3. Sedapnya pantun kak PI. Tapi saya tak dengar radio klasikla, so tak dpt la dengar kt radio.

    ReplyDelete
    Replies
    1. TKSH NOR KAK PUN LA NI XDPT DGR RADIO KLASIK ONLINE PROBLEM

      Delete
  4. Alhamdulillah, tahniah kak PI :)

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist