Saturday 2 May 2020

PUASA MUSIM PKP

ASSALAMUALAIKUM




FADILAT PUASA

Ramadan sudah hari ke sembilan..sekejap saja kan...esok sudah 10 Ramadan...mesti sudah dapat menyesuaikan diri dengan cara makan awal pagi iaitu bersahur dan makan awal malam yakni berbuka puasa. Mengadaptasi norma baharu PKP yang tidak normal kepada kebanyakan kita.

Bagi yang puasa dijadikan amalan ibadah sunat tentu tidak jadi masalah berpuasa sebulan dalam bulan  Ramadan.

Aku tidak terlalu mementingkan juadah berbuka dan sahur...seadanya sudah memadai. Kebiasaannya akan berbuka dengan tiga butir kurma dan sedikit nasi berlauk juga sayur. Bersahur pula dengan kuih, kurma dan segelas susu.

Sedikit saja makannya pun...biasalah semakin bertambah usia semakin kurang selera...semakin suka berpuasa.

Fadilat puasa memang banyak...antaranya dapat melunakan hati dan mudah prihatin terhadap sesuatu. Apa saja kejadian yang berlaku di persekitaran akan menyentuh hati. Justeru amalan memberi dan bersedekah mudah dilakukan. Dan Allah menjanjikan sebesar-besar ganjaran sekiranya dilakukan setulus hati pada bulan Ramadan yang penuh berkah ini..

Buat mereka yang minat menjadi penulis tips mudah sarananku, kena rajin berpuasa selain rajin menulis. Sebab biasanya  kalau perut kosong pelbagai ilham menjelma di  minda apa yang nak direkacipta heh..heh..
Kala perut  kenyang pula mata asyik nak terlelap saja. Lalu bantal dan tilam menjadi teman setia.

Selamat beribadah sebanyak-banyaknya di bulan yang mulia sambil patuhi PKP, norma yang tidak normal tapi usah melanggarnya.

10 comments:

  1. Betul tu PI,semakin bertambah usia,sedikit demi sedikit Dia menarik nikmat makan kita,sbg peringatan ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. TKSH KHAM YA KAK MKN SIKIT JE DH KENYANG

      Delete
  2. Ya...ada benarnya tu Puan...habis gambar2 lama diselongkar...

    ReplyDelete
  3. Seadanya je kita berbuka dan sahur kan kak...

    ReplyDelete
  4. selamat berpuasa juga...insyaAllah setiap perbuatan kita, dapat keberkatan..

    saya follow blog ni..

    ReplyDelete
  5. Mati itu satu yang pasti tanpa apa-apa syarat.

    ReplyDelete
  6. makin hari makin kita kesitu.. semoga Allah lindung kita semua sentiasa.
    take care Kak PI..

    ReplyDelete
  7. Semoga kita semua diberikan kesihatan yang baik dan dipermudahkan segalanya.

    ReplyDelete
  8. Ramadan tahun ini membuka peluang kami sekeluarga utk terus berbuka di rumah. Rasanya tiada berbuka di luar sepanjang Ramadan ini hingga raya nanti. Semoga kak PI sentiasa sihat dan diberkati semuanya.. aamiin.

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist