Monday 11 May 2020

BALIK KAMPUNG...

ASSALAMUALAIKUM

BALIK KAMPUNG
Ya Allah Tuhan kami yang maha Esa,
harap diampun akan segala dosa.
Mukaddimah akan permulaan kata,
basmalah nan suci ungkapan diserta.
Hajatku terbenam tersimpan di kalbu,
melerai rinduku bergelut menyerbu.
TerInginku pulang ke kampung halaman,
bertemu ibunda saudara dan teman.
Rai Aidilfitri seperti selalu,
sedangkan PKP tak benarkan lalu.
Kerana corona membawa penyakit,
jikalau beramai mudahlah berjangkit.
Ditunda dahulu nawaitu terbuku,
biarkan pulih sesuatu berlaku.
Harapan semoga putuslah rantaian,
suasana riang dalam kebahgiaan.
Allah Allah Tuhan yang Maha Pencipta,
sembuhkanlah hamba-Mu menanggung derita.
Sambut hari raya jimat berbelanja,
bersama keluarga di rumah saja.
Karangan nazamku berakhirlah sudah,
kumohon maafkan coretan menggundah.
Ya Allah Tuhan kami yang maha Esa,
harap diampun akan segala dosa.
PARIDAH ISHAK
DMS
10/5/020

15 comments:

  1. sedih juga sebab tahun nih beraya sorang-sorang :_(

    ReplyDelete
    Replies
    1. TKSH HANS HANIS PKPB DH BOLLEH PI BERAYA DALAM NEGERI TU

      Delete
  2. saya juga merindui kampung halaman...kena tunggu pkp berrakhir baru boleh balik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. TKSH EWANTHOLOGY XPA BERSABAR DULU HINGGA USAI PKP

      Delete
  3. Aamiin 🤲🏻❤️
    Boleh balik kg saya saja sbb dlm negeri yg Sama..
    En suami yg tak boleh balik kg..

    ReplyDelete
    Replies
    1. TKSH YATI YA DPT JUGA SAMBUT RAYA N KUNJUNG SAUDARA YG DEKAT

      Delete
  4. saya dah 2 bulan duk kmpg.. sek x bukak lg.. nak blk bndr x boleh lg

    ReplyDelete
    Replies
    1. TKSH CIKGU NICK...YALA CIKGU KENA MENGAJAR DARI RUMAH JA

      Delete
  5. sekarang telefon babah mama pun dah nangis-nangis..lain sungguh kali ini.Allahu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. TKSH PC SEDIH KAN TAPI NAK BUAT LAGU MANA

      Delete
  6. kesiannya yang tak dapat beraya kat kampung.

    ReplyDelete
  7. Raya tetap raya walaupun dekat tapi jauh.. harap2 ada keberkatan ditahun ini walau apa situasi pun.

    ReplyDelete
  8. Bertahan sahaja untuk raya kali ni. Untuk kebaikan kita semua jugak. Saya bersyukur duduk dengan mak ayah. Kalau dekat negeri lain mau menangis.

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist