Wednesday 22 April 2020

SALAM RAMADAN

ASSALAMUALAIKUM





SALAM RAMADAN

Ramadan karim akan menjelang
disambut ria melerai rindu
hati menangis kenang yang hilang
rahmat hikmat-Nya terlupa sendu

Aral  merintang langkah lintasi
wabak bahaya tidak menggugah
segala cara cuba atasi
saat diuji bertambah gagah.

Beriman teguh pegangan diri
puasa serta amalan sunnah
dilambung dura sabar mandiri.
cekal semata mencita jannah

Salah dan silap mohon maafkan
salam Ramadan hamba hulurkan


PARIDAH ISHAK
Desa Melor Serendah
21/4/2020

12 comments:

  1. Ramadan bulan penuh berkat
    Amal ibadah pahala berganda
    Maaf dipinta dari jauh dan dekat
    Semoga amalan diterima Yang Maha Esa

    ReplyDelete
  2. salam sis

    salam ramadhan
    semoga ramdhan tahun ini amalan yg
    dilakukan lebih baik dri tahun2 sebelumnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. TKSH SALAM RAMADAN INSYAA ALLAH BERSAMA HAYATINYA

      Delete
  3. Salam ramadhan kak PI sekeluarga

    Lenguh kaki berjalan sahaja
    Sambil berjalan sambil bercerita
    Moga segala amalan diterima
    Tiada terhijab diangkat semua

    ReplyDelete
  4. Semoga Ramadan tahun ini lebih baik dari sebelum2nya... aamiin. Salam Ramadan mubarak kak PI

    ReplyDelete
  5. Salam Ramadhan & Selamat Berpuasa Kak Paridah..

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist