Pesan kudapan menyenteng lengan,
menghiris bengkang lama di situ;
barisan depan benteng serangan,
baris belakang sama membantu.
Menghiris bengkang lama di situ,
sentuh merapi bekal dijamah;
baris belakang sama membantu,
patuh PKP kekal di rumah.
Sentuh merapi bekal dijamah,
kana dibelah disiat nanar;
patuh PKP kekal di rumah,
kerana Allah niat sebenar.
Kana dibelah disiat nanar,
getus helaian sena menirus;
kerana Allah niat sebenar,
putus rantaian corona virus.
Getus helaian sena menirus,
tepus menyerlah perang sekali;
putus rantaian corona virus,
hapus masalah girang kembali.
PARIDAH ISHAK
DMS
19/4/2020
InsyaAllah semuanya kerana Allah dalam apa jua tindakan...mohon Allah jaga kita
ReplyDeleteAMIIN TKSH FIDA YA INSYAA ALLAH...ALLAH KASIHKAN HAMBA2NYA
DeleteNampaknya dah semakin reda ancaman covid 19 ni.
ReplyDeleteTKSH WP YA NAMPAKNYA BERANSUR REDA DAH
DeleteWalaupun tempat saya dah zon hijau, namun saya masih khuatir dan tak berani keluar ...
ReplyDeleteTKSH SS YA BIAR BERHATI HATI SELALU
DeleteKalau pun keadaan diisytihar selamat dan bebas covid..kita semua tetap perlu berjaga-jaga kan kak PI.
ReplyDeleteTKSH WP YA MESTI CURIGA N BERHATI HATI KERNA VIRUS NI KITA XNAMPAK
DeleteMoga Allah melindungi kita semua... aamiin2 ya Rabb
ReplyDelete