MENANAM PADI
Menanam padi cara dahulu
agak rumit sedikit pada pandangan dan pengalamanku. Tukwanku memiliki beberapa
relung tanah bendang yang akan ditanam dengan pokok padi pabila tiba musimnya. Tukwanku
akan membersihkan bendang terlebih dahulu daripada rumput liar pelbagai jenis
yang tumbuh selepas beberapa bulan saja terbiar. Jerami padi hasil tuaian lalu
dibakar atau diletak saja di atas batas yang memisahkan antara petak bendang.
Setelah kelihatan bersih dan lapang tukwan akan membajak
tanah bendang pula, pembajak tanah yang tajam berkilat itu akan ditarik sang
kerbau balar peliharaan tukwanku. Bapa saudaraku turut membantu. Beberapa petak
kecil disediakan untuk menyemai benih padi yang direndam selama beberapa hari
sehingga bertunas kecil. Taburan benih menumbuhkan pokok padi muda yang
menghijau.
Kerja mencabut anak benih dan diikat seberkas kecil
dilakukan emak-emak saudaraku. Aku turut membantu dan bersedia sekiranya betis
dijengkal lintah. Uih takut juga! Puas hendak menanggalkannya. Kelihatan berdarah
betis bekas digigit lintah. Tapi sakitnya tidak terasa.
Anak padi muda itu akan diletakkan di atas batas yang
mana petaknya akan dtanam dengannya. Tika ini jiran sekampung akan turut membantu
‘berderau’. Amalan berderau akan mempercepatkan selesainya kerja menanam padi. Tuk
selalunya akan menyediakan pulut yang dimakan dengan nyiur kukur dan ikan kering
goreng sebagai sarapan pagi mereka yang datang berderau.
Dan menarilah kuku kambing
ke kiri ke kanan menikam akar padi muda ke dalam tanah ditarikan penanam padi. Panas
yang memancar bahang membakar diri dilindungi dengan terendak mengkuang yang
dibawa.
Akhirnya siap semua petak bendang ditanami padi. Siapa yang
datang berderau tuk atau emak saudaraku akan berderau pula di bendang mereka. Menghijau
subur padi sambil tukwan membaja dan menjaga gangguan serangga perosak. Hari berganti
dan pokok pokok padi mulai berisi. Padi pulut tuk tanam sedikit saja untuk
kegunaan keluarga. Setelah padi pulut kelihatan
agak kekuningan tuk akan mengetamnya sedikit. Padi pulut yang hijau tapi sudah
berisi diketam juga. Padi pulut yang kuning akan dijadikan emping
sementara yang masih hijau dijadikan ringi.
Pada malam bulan mengambang penuh diterangi cahaya pelita
ayan menyuluh kelam, saling bertingkah alu turun ke lesung menumbuk padi pulut
yang digoreng untuk dijadikan emping. Keluarga dan jiran yang turut serta
nikmatinya dengan menggaul kelapa muda juga sedikit nisan nipah. Sedapnya tak terkata.
Sementara ringi yang hijau lagi harum dimakan begitu saja. Untuk minuman
pembasah tekak biasanya air nira nipah dan air kopi pekat.
Kalau musim mengemping bertandang maknanya padi yang
ditanam di bendang semakin menguning emas dan boleh dituai bila-bila saja. Orang-orang
dipacak di tengah bendang untuk menakutkan burung ciak yang berkawan
menghurungnya. Jika dibiarkan tentu berkurang rezeki yang diperolehi heh..heh..
Jiran sekampung akan datang berderau memotong padi pula. Sebelum
itu tuk akan mengajak mereka makan sirih pinang dulu disamping menambah tenaga
dengan hidangan pulut tanak dengan nyiur kukur dan ikan kering yang digoreng.
Memotong padi memang suka kulakukan. Mudah saja. Cuma cekak
serumpun padi dan dipotong dengan pemotong padi. Kemudian letakkannya di atas
batang padi yang telah dipotong. Tukwan akan mengambilnya dan membawa ke bekas tong
padi untuk memukulnya. Untuk memisahkan padi daripada rumpunnya perlu
memukulnya beberapa kali di dalam tong yang diletakkan tangga kecil.
Suasana itu hanya indah dalam kenanganku. Tidak kelihatan
lagi kini. Menanam padi tidak lagi melalui cara begitu. Bendang tidak dibajak
sang kerbau tapi traktor. Para ibu dan gadis tidak terbongkok-bongkok di
bendang menanam padi dengan kuku kambing. Traktor juga digunakan untuk menabur
benih. Tiada lagi acara berderau memotong padi di bendang dan mengunyah sepiak
sirih pinang. Mesin padi kini memudahkan urusan penuaian.
Dapat bayangkan semangat gotong-royong berderau..sekrg pakai tabur benih padi, menuai pula guna mesin..
ReplyDeletesedapnya emping, ringi tak pernah makan..
TKSH NOHAS SEMUANYA TINGGAL KENANGAN...RINGI MMG SEDAP LEMBUT DAN HARUM HIJAU WARNANYA
ReplyDeleteHai Kak PI, lama tak singgah sini. Akak sihat?
ReplyDeleteTKSH WAWA SUDI HADIR TANYA KHABAR KAK..ALHAMDULILLAH HARAP WAWA JUGA SIHAT
DeleteKerja wak masa kecik2 dulu.
ReplyDeleteSekarang sawah padi dah kering jadi kebun kelapa sawit.
TKSH WP..YEKE..RAMAI YG TUKARKAN SAWAH JADI KELAPA SAWIT LA NI...TAPI SEBELAH KEDAH SAWAHNYA LUAS TERBENTANG
Deleterindu pada alam dan keindahan nya sejak PKP ni, kalau balik Teluk Intan, rumah sepupu di Sg Manik di tengah sawah padi, entahlah macam tak berpeluang je nak raya ziarah menziarahi tahun ni kan :(
ReplyDeleteTKSH ANA YA KWSN SG MANIK SAWAHNYA LUAS..LEPAS PKP BOLEHLA BALIK SANA TU
DeleteTeringat zaman dulu mak bawa ke sawah..sekarang ni beli beras tak ada sawah ..asal orang kampung..perubahan keadaan punca air tak ada dah, sawah jadi kebun getah
ReplyDeleteTKSH CIKGU ETUZA..WAH ADA JUGA PENGALAN BERSAWAH YA..XPALAH TAHU DAN RASAI KENANGANNYA
DeleteAssalamualaikum kak, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
ReplyDeleteSaya salah seorang yang sangat teruja dengan sawah bendang. sangat teruja. saya tidak sempat menikmati aktiviti bersawah bendang di kg kelahiran saya, saat saya membesar aktiviti tersebut telah dihentikan. akhirnya sawah bendang menjadi paya yang dinaiki belukar rimbas. Untunglah kak paridah sempat merasai zaman itu.
WSALAM USTAZ MOGA USTAZ N FAMILI JUGA SIHAT SEJAHTERA...YA BANYAK SAWAH DI PAHANG DULU TAPI TIDAK LAGI DIUSAHAKAN.. NAMPAK DI ROMPIN PADI GIAT DITANAM
DeleteTenang jiwa melihat kehijauan sawah padi.. subhanallah. Allahuakbar.
ReplyDeleteMasa kecik2 dulu, saya nak sangat ada rumah dekat sawah padi...cantik
ReplyDelete