Sunday, 5 April 2020

KARYAKU..

ASSALAMUALAIKUM


SEORANG BLOGGER
31 May 2011...Adikku Pazeli membuka akaun blog via Blogger @ google untuk memudahkan aku manfaatkan menulis karya dan menerbitkannya. Jadi tak perlulah bersusah payah menghantar karya yang dihasilkan kemana-mana penerbitan hanya semata ingin karya kita dibaca khalayak. Melalui blog, karya yang terbit sebagai entry akan dibaca pelayar yang singgah dari serata pelosok dunia yang mencari maklumat yang dikehendaki. Setiap blog biasanya memilih niche yang suka ditulis.
Ramai yang memilih niche masakan, kembara, agama, pendidikan, konsultansi, pertanian perniagaan dan pelbagai lagi. Biasanya blog yang hanya memaparkan isu masakan dengan pelbagai resepi dan turut disertakan foto berkaitan akan disinggahi ramai pelayar dan meningkatkan pv(pageview) berjuta jumlahnya.

Aku memilih niche karya. Menurut GOOGLE pv karyaku sekitar dua juta+ saja. Entry blog karyaku sarat terisi dengan pelbagai genre karya. Ada cerpen, puisi, anekdot, catatan kenangan, cerita dongeng dll karya sastera. Kalau tidak ada ide hendak menulis aku akan mengupdate entry dengan pelbagai kisah menarik sekadar salin dan tampal (cnp). Aku siarkan juga karya kawan-kawan penulis kenalan FACEBOOK.

Dalam blog karyaku.paridahishak ada ruang khas untuk sahabatku “Pak Engku dan Noorlaila Ghafar menyumbangkan karya. Terima kasih sahabat-sahabatku turut menyerikan blog karyaku.
Dengan menulis blog boleh juga menjana sedikit pendapatan sekiranya blog memberi izin kepada syarikat pengiklan yang berdaftar dengan GOOGLE atau sedikit ruang disewakan kepada pengiklan dengan kadar sekian-sekian secara bulanan. Itupun jika blog itu mendapat pv yang tinggi. Maka akan bergantayangan iklan sebanekanya.

Blog karyaku hanya NUFFNANG yang mengiklankkan produk syarikat melanggani khidmatnya. Merasalah juga beberapa kali menerima cek pembayaran hasil iklan nuffnang. Terima kasih nuffnang. Tidaklah sebanyak mana pun. Hanya nilai 50 RM keatas saja akan dibayar NUFFNANG.
Mutakhir ini pv karyaku merudum teruk kerana blog karyaku tidak mesra SP (smartphone). Jadi tiadalah lagi iklan yang masuk. Aku tidak kisah pun. Blog karyaku digunakan kini semata-mata sebagai diari penulisan dan graha aktiviti penulisan.

Selama blogging ramai kawan-kawan blogger yang menghulur salam persahabatan. Terima kasih banyak blogger yang pernah dikenali tika mula blogging hingga kini seperti Irfa, Anies, kakzakie, Nohas, Bin Muhamad, Prof Khir Khalid, Sweetie,Dana, WP, PC, Sobri, Sha, Zumal, ustaz Abu ikhwan, Ana Jingga dan beberapa orang lagi blogger yang tidak lagi aktif blogging menerbitkan entry.

Sekiranyanya ingin berjaya sebagai blogger yang meraih hasil ribuan RM setiap bulan ilmu SEO blog perlulah mahir.
Rasanya itu tidak mampu kulakukan. Template blog karyaku pun beberapa kali Anies tolong gantikan. Terima kasih Anies. Template terakhir yang kini melatari blog karyaku adalah hasil karya blogger 60 juta+ pv cikgu Bin Mohamad...Terima kasih banyak cikgu. Terima kasih banyak sahabat-sahabat blogger yang dikasehi justeru sudi selalu singgahi karyaku. hhari ini kita bertemu esoknya belum tentu. Maafkan semua kesilapan sepanjang perkenalan. Dan aku akan blogging sekiranya masih ada waktu dan daya sesuka rasa mengisi masa.

5 comments:

  1. Semoga terus berkarya Kak PI..

    ruang komen tak boleh buka kalau guna handphone, kena tukar template nampak gayanya..

    ReplyDelete
  2. OH YEKE NAMPAK KENA TUKAR TEMPLATE BARU YA TKSH NOHAS

    ReplyDelete
  3. semoga terus berkarya ya kakpah.. aminn

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist