Pantun D’Klasik
Radio Klasik RTM
Isnin, 6April 2020
Naik pedati bawa keladi,
tenang tiasa pesan halia;
baik pekerti suka
berbudi,
dikenang jasa insan mulia.
Membaling batu sisih
kepayang,
adik menanti lepat
disaji;
saling membantu berkasih sayang,
baik pekerti sifat
terpuji.
Sebelah pangkin letak kereta,
sapi ke paya langkah
terhenti;
biarlah miskin tidak
berharta,
tetapi kaya budi pekerti.
Pantun D’Klasik
Radio Klasik RTM
Jumaat,
3 April 2020
Pantun
penyertaan
·
Tujah mengkudu rentap
selasih,
maman di para turi di jabir;
wajah dirindu ditatap kasih,
senyuman mesra menyeri bibir.
Selisih taut rambah sekerat,
melilau sesah pauh di lata;
kasih bertaut bertambah erat,
walau berpisah jauh di mata
Sudu terendam di dalam
talam,
raga halua letak di peti
rindu terpendam tersudut
dalam,
moga bersua sabar
menanti,
Pantun D’Klasik
Radio Klasik RTM
Khamis, 2 April 2020
Pantun penyertaan
Talam berkerim ingin
selalu,
dipotong dadu reja
disisih;
salam dikirim di angin
lalu,
selaut rindu membungkus
kasih
Tandak perlahan tersigung tandu,
terpijak ramu jeda berangan;
tidak tertahan menanggung rindu,
hendak bertemu ada halangan.
Dara pingitan mengelim sulam,
merombak pula menyaring lama;
tanda ingatan kukirim salam,
sejambak doa iring bersama.
Pantun D’Klasik
Radio Klasik RTM
Rabu, 1 April 2020
Pantun penyertaan
Sabar berkumat beralih
nanar,
mengelem sanggul katanya
sial,
sebar maklumat sahih
sebenar,
RTM unggul media sosial.
Mualim fasih akan
saranan,
salsa digelar tempo yang
jemu;
RTM gigih dengan peranan,
tiasa tular info berilmu.
Indah semua setiap rangkap pantunnya.
ReplyDeleteTKSH PC SUDI MEMBACA
ReplyDeleteTahniah PI
ReplyDeleteHasil karya terbaik.
TKSH WP BERPANTUN MENGHIBUR HATI
ReplyDelete