Saturday, 14 March 2020

TAFSIR: SURAH 56: AL WAQIAH (HARI KIAMAT). Ayat: 51 - 62

ASSALAMUALAIKUM


PERKONGSIAN ILMU: SAMBUNGAN TAFSIR: SURAH 56: AL WAQIAH (HARI KIAMAT). Ayat: 51 - 62
Syukur Alhamdulillah kelas tafsir mingguan wanita, di kampungku masih dapat diteruskan, walaupun cuaca agak panas.
Setelah selesai Puan Maimunah memimpin bacaan ayat2 daripada surah al Waqiah secara bertalaqqi. Aku memulakan tafsir.
"Minggu lepas kita telah membaca azab pedih di neraka jahannam. Ayat2 51- 56 ini , merupakan sambungan tentang azab neraka."
"Ayat 51: Allah SWT bercakap dengan nada yang sangat marah; Wahai orang2 yang sesat. Al Quran petunjuk jalan yang benar, kamu dustakan. Jalan lurus ada kamu tak ikut."
"Ayat 52: Maka Allah SWT beritahu, tempat kamu di neraka. Diberi makan daripada buah pokok zaqqum yang berduri."
"Ayat 53: Lantaran sangat lapar, terpaksa makan juga buah berduri kerana tiada makanan lain."
"Perut2 penghuni neraka dipenuhi buah zaqqum berduri, hingga pecah usus2 perut."
"Ustaz dalam TV pun royak gitu. Masuk neraka makan buah Zaqqum berduri." Puan Zainun mencelah.
"Ya..." Aku membenarkan.
"Ayat 54: Minuman pula air yang panas menggelegak dan busuk hanyir, darah dan nanah."
"Yeekkkk..!" Nada suara mereka geli, mungkin membayangkan minuman darah dan nanah.
"Ayat 55: Pengguni neraka terpaksa minum juga lantaran dahaga sangat. Minum tak berhenti seperti unta yang sakit, tidak hilang dahaga."
"Ayat 56: Itulah jenis2 azab yang menyambut golongan kiri pada Hari Pembalasan. Dihidangkan buah zaqqum berduri dan air panas mendidih."
"Manusia dan jin yang melakukan dosa, tidak bertaubat walaupun mereka beriman. Akan dimasukkan ke dalam neraka dahulu. Tapi tak tahu berapa lama diazab, sebelum dapat masuk ke syurga."
"Semoga Allah lindungi kita." Doaku
"Aamiin..." Mereka mengaminkan doaku.
"Kita berdoalah supaya dapat masuk syurga terus. Kita tidak mahu lihat neraka, walau sedetikpun kan...?"
"Ya...!" Serentak mereka menjawab, lontaran soalanku.
"Ayat 57: Allah SWT mengingatkan kepada manusia, DIA yang menciptakan alam dan semua makhluk. Oleh itu kamu wahai hamba, kena percaya adanya Hari Kiamat dan Hari Kebangkitan."
Puan Ruzie Hanna, Puan Kamariah dan Puan Nurliha, mendengar tazkirahku sambil mencatat nota ringkas yang kutulis di papan putih.
Yang lain2 hanya mendengar dan menatap Quran masing2. Semua Quran mereka ada terjemahan.
"Ayat 58 hingga 73, Allah SWT menunjukkan kekuasaannya dengan bukti dan dalil yang boleh kita lihat dan fikir."
"Ayat 58: Dalil Aqli pertama."
"Dalil Aqli tu apa?" Puan Siti Rubiah bertanya.
"Bukti2 kekuasaan Allah SWT yang dapat kita lihat di sekeliling kita, dan kita fikir dengan akal waras." Jawabku.
"Allah SWT suruh kita fikir, kejadian manusia daripada sperma dalam air mani, yang dipancarkan dalam rahim."
"Ayat 59: Dalam ayat ini Allah SWT bertanya kepada kita: Adakah kamu yang menciptakan bayi itu, atau KAMI yang mencipta kan bayi tersebut?"
"Siapa yang cipta bayi?"
"Allah...!" Mereka menjawab serentak, lontaran soalanku.
"Ayat 60: Allah SWT menjelaskan, DIA juga yang berkuasa mematikan. Apabila tiba saat kematian, manusia tidak dapat mengelak dan lari dari kematian."
"Boleh ke kita tahan roh kita, supaya tak keluar?"
"Tak boleh...!" Puan Zainun menjawab lantang.
"Itulah bukti dan dalil Allah SWT berkuasa, dan tidak boleh dikalahkan."
"Ayat 61: Allah SWT juga menjelaskan, pada hari kebangkitan. Allah SWT berkuasa menghidupkan manusia dalam rupa berbagai bentuk yang DIA kehendaki."
"Manusia tidak mengetahui, apakah rupa mereka nanti. Allah SWT boleh tukar rupa manusia menjadi khinzir, kera dan lain2."
"Ya Allah...!" Kedengaran suara2 mencelah.
"Ayat 62: Allah menegaskan, manusia telah mengetahui penciptaan diri masing2 kali pertama. Jadi kamu perlu mengambil ingatan, setelah mati manusia akan dihidupkan kembali di alam akhirat. Mudah bagi Allah SWT menghidupkan manusia yang telah mati."

4 comments:

  1. Buat panduan dan peringatan kita semua

    ReplyDelete
  2. Subhanallah walhamdulillah.. Maha Besar Allah, peringatan buat diri ini dan kita semua. Terima kasih atas perkongsian kak PI.

    ReplyDelete
  3. TKSH WP SALING KITA MENGINGATKAN

    ReplyDelete
  4. TKSH DIK KK AMIIN MOGA MEMANFAAT KITA SEMUA

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist