Monday, 2 March 2020

PM KE 8

ASSALAMUALAIKUM

ALHAMDULILLAH DENGAN IZIN-NYA...


TAHNIAH YAB TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN  PM MALAYSIA KE 8 PERKENAN YDPA SULTAN ABDULLAH 2 MACH 2020…MOGA ALLAH MEMBERKATINYA DENGAN RAHMAT-NYA YANG MELIMPAH RUAH..AMAN DAMAI SENTOSA BERGANDING USAHA BERSAMA RAKYAT BERBILANG BANGSA MEMAJUKAN NEGARA TERCINTA



TAZKIRAH DR MAZA

TAATI PEMERINTAH SELAGI TIDAK MEMBAWA KEPADA DOSA DAN ZALIM


1. Setelah seorang pemimpin itu memperolehi kuasa, dia ditaati dan dipatuhi sehinggalah terbukti dia menyuruh kepada perkara dosa atau zalim. Selagi tidak berlaku, kita wajib mentaati pemerintah sekalipun kita tidak suka. Sabda Nabi s.a.w:
السَّمْعُ وَالطَّاعَةُ عَلَى الْمَرْءِ الْمُسْلِمِ فِيمَا أَحَبَّ وَكَرِهَ مَا لَمْ يُؤْمَرْ بِمَعْصِيَةٍ فَإِذَا أُمِرَ بِمَعْصِيَةٍ فَلَا سَمْعَ وَلَا طَاعَةَ
“Dengar dan taat (kepada pemerintah) adalah kewajipan setiap individu muslim dalam perkara yang dia suka atau benci selagi dia tidak diperintahkan dalam perkara maksiat. Apabila dia diperintahkan dalam perkara maksiat maka tiada lagi dengar dan taat. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
2. Pemerintah yang baru dilantik yang belum melakukan apa-apa tindakan yang dosa dalam urus tadbir dan pemerintahannya adalah tidak wajar ditentang sehinggalah hal sebaliknya berlaku. Hanya orang yang buruk jiwanya mengandaikan dosa yang belum berlaku. Juga hanya orang yang tamak kuasa ingin meruntuhkan sebuah pemerintahan yang belum atau tidak menzalimi umat atau rakyat atau bersekongkol dengan kaum yang memusuhi agama ALLAH.
3. Kita baharu sahaja mendapat PM yang baharu setelah satu tempoh krisis yang meresahkan sekelian rakyat. Berilah ruang untuk beliau menguruskan negara terlebih dahulu. Pandanglah masa depan. Jika beliau berbuat zalim maka kita akan berperanan membantah kezaliman. Jika tidak, kewajipan kita mentaati dan menyokong usaha-usaha beliau.
4. Marilah kita mengingati hadis Nabi s.a.w:
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّ اللَّهَ يَرْضَى لَكُمْ ثَلَاثًا وَيَسْخَطُ لَكُمْ ثَلَاثًا يَرْضَى لَكُمْ أَنْ تَعْبُدُوهُ وَلَا تُشْرِكُوا بِهِ شَيْئًا وَأَنْ تَعْتَصِمُوا بِحَبْلِ اللَّهِ جَمِيعًا وَأَنْ تَنَاصَحُوا مَنْ وَلَّاهُ اللَّهُ أَمْرَكُمْ وَيَسْخَطُ لَكُمْ قِيلَ وَقَالَ وَإِضَاعَةَ الْمَالِ وَكَثْرَةَ السُّؤَالِ
“Sesungguhnya Allah meredhai kamu tiga perkara, dan memurkai kamu tiga perkara. Dia meredhai kamu jika (pertama) kamu beribadah kepadaNya dan tidak menyekutukanNya sedikitpun, (kedua) kamu berpegang teguh dengan tali Allah kesemuanya. (ketiga) Kamu menasihati sesiapa yang Allah jadikan dia memerintah urusan kamu. Dia memurkai kamu banyak bercakap (yang tiada faedah), menghilangkan harta dan banyak bertanya (Riwayat Malik).
Juga sabda Nabi s.a.w: “Sebaik-baik jihad ialah perkataan yang adil –dalam riwayat yang lain: yang benar- di sisi pemerintah yang zalim, atau ketua yang zalim”. (Riwayat al-Nasai, al-Tirmizi, Abu Daud dan Ibn Majah, dinilai sahih).
5. Harapan kita kepada YAB PM yang baharu lantiklah anggota kabinet yang berwibawa, amanah dan bersih dari korupsi serta salahguna kuasa. Jauhi kepimpinan negara dari anggota yang tercemar dengan rasuah dan salahguna kuasa. Dengan demikian, dengan izin ALLAH keadilan dan kemakmuran akan dapat dibina.
Semoga ALLAH merahmati negara kita.
Allahumma aamiin

11 comments:

  1. semoga semuanya baik2 aja, aman sentosa..yg tak puashati tu, tunggulah lagi 3 tahun, tak lama..

    ReplyDelete
  2. Tahniah buat Tan Sri Muhyidin Yasin semoga Malaysia dapat keluar dari segala kemelut politik yang melanda sekarang ini

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah.Moga semuanya Allah permudahkan..

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah
    semoga malaysia kekal aman

    ReplyDelete
  5. TKSH NOHAS YA REDAKAN SENGKETA DULU

    ReplyDelete
  6. TKSH MRSA YA TAHNIAH TAN SRI MUHYIDIN MELEGAKAN KEMELUT POLITIK RAKYAT OK JE

    ReplyDelete
  7. TKSH PC DOAKAN KEBAIKAN DEMI NEGARA

    ReplyDelete
  8. TKSH LYNN AMIIN INSYAA ALLAH

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah.. semoga Islam sentiasa terbela di bumi Malaysia ini.. aamiin.

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist