Monday, 30 March 2020

BERITA PALSU

ASSALAMUALAIKUM




pic radio klasik (c)

BERITA PALSU

Sena dijirus dahan sekata,
lantas dijambak bunga popular;
Corona virus bahan berita,
sepantas wabak ia menular.

Seruas jering tisu mahunya,
di lembah asing menjala ikan;
puas disaring palsu benarnya,
menambah rungsing kala fikirkan.

Leka menampi si padi pulut,
terasa lesu peluh merenik;
tika hadapi situasi kalut,
berita palsu menambah panik.


Taburkan baja serata pasu,
gemburkan lalu kena semuanya’
abaikan saja berita palsu
pastikan dulu mana sumbernya.

Hanya mengangguk kala disuruh,
ambilkan susu di dalam gelas;
suka menangguk di air keruh,
info yang palsu disebar luas.

Lata Beringin hilangkan bosan,
kerana ranah jiwa melara;
berita angin fikirkan kesan,
pesona fitnah bawa sengsara.

PARIDAH ISHAK
Desa Melor Serendah
30/3/2020

4 comments:

  1. Waalaikummussalam K.PI
    Seronok baca pantun K.PI tersusun indah gaya bahasa

    ReplyDelete
  2. Sangat bahaya berita palsu ni Kak PI...boleh buat keadaan bertambah buruk sebenarnya.

    ReplyDelete
  3. jaga2 dgn semua berita yg tgh tersebar dan jgn panic
    AMR
    karakuri
    mir malaysia

    ReplyDelete
  4. Berita palsu bukan sekadar memberi maklumat salah, malah boleh membahayakan bnyk pihak juga.

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist