بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM


DEMI KASIH
Pahlawan nusa gagah berani
baris hadapan tegar berjuang
virus corona mengancam kini
wabak berjangkit disekat ruang
Perawat tidak mengenal lelah
rawat pesakit silih berganti
cuba selesai akan masalah
bertarung nyawa hidup dan mati
Budi ditabur demi negara
menggalas tugas walaupun berat
susah dan payah tidak dikira
dunia fana pandang akhirat
Tentera Allah virus yang halus
mengajar hamba berkasih tulus

2 comments - "FRONTLINER"

nohas delete icon 26 March 2020 at 16:08

besar jasa frontliners ni, berkorban utk negara..semoga Allah balas dgn sebaik-baik balasan..

Warisan Petani delete icon 26 March 2020 at 23:24

Mudah2an mereka dilindungi

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”