Thursday, 12 March 2020

PENDEMIK COVID 19

ASSALAMUALAIKUM


ANCAMAN COVID 19
Adikku Norazlin, kelam kabut sekali pabila pihak sekolah anaknya Danish memberitahunya rakan sekelas anaknya dijangkiti Covid 19. Risau sungguh akan keselamatan anak keduanya itu. Dia bergegas ke sekolah membawa pulang anaknya. Danish kemudiannya dibawa ke hospital Sg. Buluh untuk dapatkan rawatan dan pengesahan taraf kesihatannya sama ada terkena jangkitan itu atau tidak. Kakak sulungnya juga sedang dikuarantin di rumah kerana kawan baiknya turut dijangkiti pendemik Covid 19. Anak-anaknya tidak dibenarkan ke sekolah lagi. Mujur juga esok lusa sudah masanya cuti sekolah semester satu. Kami sekeluarga mendoakan kemasylahatan Ikin dan Danish sihat sejahtera dan terhindar dari wabak yang mengancam kesihatan serata dunia kini. Bersama mendoakan ancaman wabak menggerunkan ini segera diangkat Pencipta. Ujian Allah kepada kita tidak ada siapa yang dapat menduganya.

cuti sekolah –
ruang sekitar rumah
langkah terhenti

4 comments:

  1. moga negatif lah dari terkene covid19 untuk anak buah akak... cuti sekolah ni memang tak kemana rasanya kak, kalau pun mama nya bosan dudukla rumah nanti dengan aiyan

    ReplyDelete
  2. Allahu semoga Ikin dan Danish dikurniakan kesembuhan dengan kadar segera.
    Sangat menggerunkan covic 19 ni masalah global

    ReplyDelete
  3. Semoga Danish dan Ikin diberi kesihatan yang baik.. Aamiin..

    ReplyDelete
  4. Mmg merisaukan bila ada org terdekat di sekolah terkena covic 19.. moga dilindungi hendaknya.. aamiin.

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist