Wednesday, 9 March 2016

SIUMAI DUMPLING..

ASSALAMUALAIKUM...

SIUMAI DUMPLING RUPANYA MACAM KARIPAP TAPI BAHAN KULIT YANG MENGISI INTINYA BERCAMPUR TEPONG GANDUM DAN TEPONG UBI DAN SETELAH DIISI INTI LALU DIKUKUS....LEBIH SIHAT CARA MASAKANNYA KAN ...SEDAP PULA TU



Resepi Siumai/ Dumpling

Bahan-bahan untuk buat kulitnya.
250gm tepung gandum
80gm tepung ubi
200-220ml air panas mendidih
sedikit garam
1 1/2 sudu besar minyak masak

Cara-cara membuatnya.
1. Satukan tepung gandum,tepung ubi, garam dan minyak masak.Gaul sebati.
2. Masukkan sedikit demi sedikit air panas.
3. Uli sehingga adunan tidak melekat pada tangan.
4. Biarkan adunan selama 20 minit dalam bekas tertutup.

Bahan-bahan untuk intinya
1. 2 keping isi ayam dikisar halus
2. 12 ekor isi udang dikisar halus
3. 3 biji bawang merah kecil dicincang halus
4. 2 biji bawang putih dicincang halus
5. sedikit carrot dicincang halus
6. sedikit daun bawang
7. sedikit lada sulah
8. garam dan gula secukup rasa
9. 1 sudu besar sos tiram
10. 2 sudu besar tepung jagung
11. 2 sudu kecil minyak bijan
12. 1 biji telur dipukul kembang
13. 1 biji cili merah besar dipotong halus

Cara-cara membuatnya
1. Satukan semua bahan.gaul sebati.

OKK sekarang proses melipat Siumai
1. Canaikan adunan tepung tadi..macam kita buat karipap.
2. Letak inti ditengah-tengah.okk boleh lah lipatmengikut kreativiti anda. Buat mcm karipap pun boleh..
3. Bila dah siap bolehlah kukus.ok siap..selamat mencuba.

17 comments:

  1. Wau resep siumai dumpling
    Telah tersaji dipiring
    Warnanya bening

    :)

    ReplyDelete
  2. Sedapnya..rasa lapar la pulak
    Ni yang rasa macam nak gi makan kat kedai dim sum malam nanti

    ReplyDelete
  3. menariknya, sedap nampak tu kak

    ReplyDelete
  4. yummy nak follow blog ini lah :D

    ReplyDelete
  5. wahhh.. sedapnya kak. Teringin nak buat. tapi tak tahu bila. hihi

    ReplyDelete
  6. boleh try buat ni P terimakasih resepi nya ya...

    ReplyDelete
  7. Ermm, bahan2nya mmg ada kt umh ni, siap! Mlm ni juga saya buat, he he..

    ReplyDelete
  8. Saya rasa intinya bole kita ubah suai juga kan.

    ReplyDelete
  9. Saya rasa intinya bole kita ubah suai juga kan.

    ReplyDelete
  10. Ermm, bahan2nya mmg ada kt umh ni, siap! Mlm ni juga saya buat, he he..

    ReplyDelete
  11. terimakasih PI. share resepi. boleh di cuba ni resepi sihat..

    ReplyDelete
  12. wah siap resepinta tu, kalau rajin boleh dicuba

    ReplyDelete
  13. adujhai..membuka selera betul gambarnya..saya ak pernah try buat sendiri..
    tapi tengok macam senang cuma bahan nya je banyak sangat..hehe..

    ReplyDelete
  14. sy tak pernah makan siumai ni kak... blh la cuba buat... terima kasih kak PI

    ReplyDelete
  15. Fuhhh sedap makan malam2 nie...

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist