Tuesday, 15 March 2016

25 things that make me happy...

ASSALAMUALAIKUM...




Banner sebagai tanda penyertaan mesti ada.

What to do? 
Create a new post + Insert picture above 
 List 25 things that make you happy 
 Mention the blog that have tagged you 
 Tag at least 5 bloggers & make sure they know they've been tagged! 
 Share your favourite quote of the week! (if none, then it'll be okay)

PI DITAG BLOGGER KAKZAKIE DALAM SEGMEN NI..TERIMA KASIH BANYAK KAKZAKIE...INSYA ALLAH DAPAT JUGA MENULIS SEADANYA WALAU TAK SESEMPURNA MANA...

1.      1.   Zaman awal persekolahan rendah amatlah menggembirakan sebab selalu dapat tempat pertama atau kedua setiap kali ujian. Bukan sebab pandai sangatpun cuma markah lebih sedikit daripada yang lain jer.
2.    2.    Masuk sekolah menengah pun sama juga.
3.    3.    PI sejak sekolah rendah hingga menengah asyik bertukar sekolah saja tapi yang sangat menggembirakan kesemua cikgu yang mengajar PI mengatakan PI sukakan sastera.
4.     4.   Dapat jadi redaksi majalah sekolah di SMKM bukan main suka lagi.
5.      5.  Pertama kali menangi peraduan menulis sajak di SMKM
6.      6.  Semasa di SMART Kuantan dapat hadiah subjek sastera yang disampaikan Menteri Pelajaran ketika itu Tun Dr.Mahathir Mohamad
7.      7.  Tamat sekolah aktif menulis dan karya pertama berupa cerpen disiarkan akhbar Utusan Malaysia.
8.      8.  Femes sekampung pabila beberapa tulisan berita tempatan disiar Utusan Malaysia.
9.     9.   Mendapat honorarium kerana tulisan yang disiarkan membuatkan tersenyum sentiasa.
1  10..  Berpeluang bertemu Sasterawan Negara yang pertama Usman Awang sewaktu hadiri kursus penulisan DPMP di Temerloh. Sebenarnya PI mengenali SN itu lewat surat-surat yang dikirim kepada beliau dan SN Usman Awang pernah kirimkan buku-buku sastera tulisan beliau kepada PI.
111.  Mendapat perkerjaan yang bersesuaian tapi tak lama menjawatnya.
112.  Bertemu, bertunang dan berkahwin dengan pilihan hati.
113.  Melahirkan lima orang anak yang comel. Yang sulungnya perempuan. Anak ketiga meninggal dunia tika dilahirkan.
114.  Anak-anak berjaya dalam peperiksaan walau tidak terlalu cemerlang tapi mampu ke peringkat tinggi.
115.  Anak-anak memperoleh pekerjaan yang mereka inginkan.
116.  Dapat berkongsi kegembiraan anak-anak dengan mengadakan kenduri majlis perkahwinan mereka seadanya.

117.  Syukur Alhamdulillah dikurniai Allah anak menantu yang sangat baik.
118.  Dapat memesrai cucu-cucu yang keletah dan comel kesemuanya.
119.   Sering bersama anakcucu bercuti ke mana saja jikalau ada masa dan kesempatan.
220.   Pabila anak-anak dah dewasa minat menulispun tumbuh semula.
221.  Sajak SELAMAT KEMBALI dipilih DBP untuk antologi MH17
222.  Dua buah cerpen dipilih penulis TATISITAIM untuk antologi cerpen wanita.
223.  Lima buah sajak dipilih untuk antologi penyair nusantara.
224.  Beberapa antologi sajak bersama beberapa penulis sedang dalam proses penerbitan.

25.  Baru-baru ini radio Klasik Nasional menyiarkan karya PI dalam slot ADILA…Aku dia dan lagu. Wah! Bukan main menggelombang rasa gembira dihati pabila pertamakali tulisan PI keudara di radio 

PI TAG SEMUA KAWAN-KAWAN BLOGGER YA...

1.  IRFA
2.  NORHAYATI
3.  SANIAH
4.  ARYAN AZRA
5.  FIDAH

29 comments:

  1. Assalamualaikum Puan..

    Wah...tahniah artikel tersiar...suka juga dengar Adila Dia Dan Lagu....masa bawa kereta balik kerja...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsallam fida..tksh.syukur alhamdulillah suka2 jer fida. disiarkan pula.

      Delete
  2. Alhamdulillah kehidupan penuh cemerlang, berjaya keudara memang kagum dengan sis Pi, berjaya mendidik anak menjadi PI keutamaan, dibawa diteman. Syukur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tksh BP...syukur alhamdulillah suka n tangis bersilih ganti.

      Delete
  3. Wow wow wow... tahniah, nak cuba arr dengar slot adila tu, tp kat rumah x de radio, dapat dgar dlm keta je...oppss, tuan blog mmg hebat berkarya, tahniah... cemburu kehebatan rakan2 krn x mampu utk menulis walaupun hari2 'memaksa' anak didik agar menulis!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tksh ezaiza wah kagum sgt tu heh..heh..kak ni penulis picisan di pinggiran je pun,,,suka juga dgr slot adila ya mungkin sesekali timbul karya kak di situ insyaAllah...menulis perlu minat n masa senggang

      Delete
  4. PI saya kena tag juga ke...Insyaallah akan saya cuba buat.
    Begitu berminat PI dgn sastera sejak sekolah rupanya....kagum sungguh dgn PI

    ReplyDelete
    Replies
    1. heh..heh..jgn marah ya saniah tulis ya, kak ni bergembira dlm dunia sastera je mutakhir ni.

      Delete
  5. Terima kasih sudi memenuhi tag kakak:)
    Dari kecik lagi kepakaran bersastera sudah terserlah pada diri PI sebenarnya
    Sebab itu tak mustahil hingga kini masih terserlah bila berblog. Syabas PI!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tksh kakzakie tag kak. kalau tak kak simpan je rasa gembira kak dlm hati heh..heh.. nak menulis pun bukan rajin sgt walau hdp dlm dunia sastera n penulisan.

      Delete
  6. Assalamualaikum kak,
    Gembira dengan kegembiraan akak. Kagum melihat pencapaian akak dalam penulisan, tiba-tiba membuatkan saya merasa sangat 'rendah', tetapi dalam masa yang sama bertuah kerana banyak yang boleh saya belajar daripada akak untuk menulis.
    #Semoga akak sentiasa diberikan kegembiraan dalam kehidupan..aminn

    ReplyDelete
  7. wsalam dik ustaz...berbanding kak dgn ustaz mestilah yg sgt rendah heh..heh..kak menulis kerana kak gembira melakukannya ...insyaAllah usaha yg sedikit itu ada juga hasilnya...syukur kepada-Nya. dalam kegetiran n kepahitan hidup yg dilalui msh ada rasa sukacita gembira membuat kak tersenyum bhgia...amiin doa tulusnya.

    ReplyDelete
  8. Hihihi..
    Kak PI tag saya ke...
    InshaAllah saya cuba ye...

    Nampak sangat kegembiraan akak pada sastera ye..
    Mcm kwn saya seorg guru tu..
    Bila sajaknya diterbitkan dimajalah..
    Suka bukan main dia..

    ReplyDelete
  9. HEH..HEH..TLS YA YATI TKSH.
    KEGEMBIRAAN KAK N MRK YG MINAT SASTERA MCM KAK DLM DUNIA NI JA..

    ReplyDelete
  10. alhamdulillah , banyak kejayaan yg PI capai dalam hidup . itu yg jadi lbh bermakna ...

    ReplyDelete
  11. heh..heh..sedikit saja tu qv tapi syukur alhamdulillah...tq

    ReplyDelete
  12. Tahniah PI atas kejayaan dlm bidang yg disukai.

    Terima kasih tag saya, inshaAllah saya akan buat ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. TKSH YAN..INSYA ALLAH...TKSH JUGA SUDI TLS TAG KAK...

      Delete
  13. tahniah P kerana sajak2 yang berkualiti tu.
    wah kita sama lah kita kena tag dan mengetag balik

    ReplyDelete
    Replies
    1. TKSH NOOR INSYA ALLAH...SAJAK BIASA2 SAJA XSEKUALITI MANA PUN HEH..HEH..
      YELA NOOR KALAU KENA TAG KENA HARGAI N BARU ADA SEMANGAT NK MENULIS KAN..

      Delete
  14. Tumpang kagum have ga, tahniah kak PI;)

    ReplyDelete
  15. TKSH NOR..HEH..HEH..XYAHLH KAGUM SGT KAK NI PENULIS PICISAN JE PUN.

    ReplyDelete
  16. Pencapaian yang sangat cemerlang. Tahniah Kak
    Thanks tag saya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Xderlah cemerlang manapun fidah biasa2 saja..tksh.

      Delete
  17. Assalam. Seronok membaca pencapaian Kak PI. Salute.

    ReplyDelete
  18. wsalam OZ tksh..pencapaiian walau kecil sdh sgt menggembirakan kak heh..heh..

    ReplyDelete
  19. Alhamdulillah.... bnyk kenangan manis... slmt bersegmen kak PI... :)

    ReplyDelete
  20. InsyaAllah dik KK...saja2 bersegmen suka2 heh..heh..

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist