PIC GOOGLE IMAGES
ARANG ITU BERLIAN
Bara digenggam menjadi arang
Dicanai menyerlahkan berlian
Walau bertahun walau berkurun
Dinanti pasti
Tanpa diragui.
Ditatah bersungguh hati
Lalu dibingkai digantung
Dari penjuru ke penjuru
Segenap sisi meski tersudut.
Sayang teramat sayang
Berlian semakin sirna sinarnya
Justeru cermin bingkainya
Telah retak seribu
Dicemburui waktu berlalu
PARIDAH ISHAK
1 MAC 2016
SELAYANG UTAMA.
Betul arang itu berlian, buang arang kira buang berlian, dulu carbon kat pensil tu pun nak simpan :) suka berlian
ReplyDeletegabar tu memang Nampak gemerlapan berliannya
ReplyDeletePenuh tersirat makna nya...
ReplyDeleteAnugerah ciptaan Illahi yg penuh hikmah buat renungan insan...
ReplyDeleteTak silap kakak baru beberapa minggu lepas radio ikim ada buat teka-teki PI
ReplyDeleteBentuk bagaikan berlian. Hitam sebelum diguna, merah ketika diguna dan akhirnya kelabu selepas diguna. Jawapannya arang:)
Yg pasti pemilik berlian akan rasa puas bila dpt pakai.
berlian..sahabat baik wanita nih...hihi :)
ReplyDeleteberlian cantik..
ReplyDeleteBERLIAN MAHAL CANTIK BERHARGA...TQ SERAA ROSE.
DeleteBerlian yg mahal bila dibeli..
ReplyDeleteTetapi tidak utk dijual balik..
nice sharing
ReplyDeleteJangan sangka hitam itu buruk kan
ReplyDeletehaaaa kita ingat tak berguna.. rupanya lebih dari nilainya..
ReplyDeletetapi kita mmg fitrah menilai pada luarannya saja =)
arang itu berlian? garu2 kepala sbb kurang faham huhuh ke ada maksd lain di sebaliknya
ReplyDelete