Friday, 25 March 2016

JANGAN REMEHKAN PERKARA KECIL...

ASSALAMUALAIKUM...



Lumrah kehidupan manusia memandang sesuatu yang kecil itu sebagai perkara remeh-temeh. Tidak kiralah jika yang kecil itu keburukan mahu pun kebaikan. Umpamanya orang akan meremehkan gigitan seekor nyamuk. Memanglah benar seekor nyamuk hanya haiwan kecil namun jika ia seekor nyamuk aedes, tahukah kita apa kesan akibatnya? Ia boleh mengakibatkan kita kehilangan nyawa. Begitu jugalah dengan setitik noda atau dosa yang kita lakukan. Tahukah apa kesan dan akibatnya? Kesannya adalah satu titik hitam akan melekat di hati kita. Jika ianya kita lakukan berterusan, maka ianya boleh menjadikan hati kita menjadi hitam seluruhnya.
Begitu jugalah dengan kebaikan. Ada orang yang menganggap bersedekah sebanyak seringgit apalah nilainya di zaman ini. Teramat-amat kecil. Namun, tahukah kita bahawa bagi seorang kanak-kanak sekolah wang seringgit atau dua ringgit itu sudah cukup besar bagi mereka untuk berbelanja di kantin sekolah.
Cubalah kita lakukan iaitu sewaktu balik dari solat berjemaah di surau atau masjid di waktu subuh. Apabila bertemu dengan kanak-kanak yang hendak pergi ke sekolah kita berikan dia seringgit dua. Pasti kanak-kanak ini akan berbesar hati dan mengucapkan terima kasih kepada kita. Inilah cara ynag terbaik untuk kita bersedekah, di mana orang yang menerimanya bersyukur dan menghargainya pemberian kita.
Begitu jugalah dengan senyuman. Orang memandang senyuman sebagai suatu perkara remeh. Namun sebenarnya senyuman itu juga adalah satu sedekah. Wwalaupun ianya kelihatan kecil pada pandangan segelintir manusia, senyuman yang manis boleh membuat hati orang yang rawan menjadi ceria, orang sakit menderita terasa kurang penderitaannya,orang yang marah akan berkurangan marahnya dan banyak kebaikannya lagi..
Oleh yang demikian janganlah kita cuba meremehkan perkara-perkara yang kecil terutamanya dalam soal kebaikan. Hargailah ia seperti sepatutnya. Hargailah senyuman seseorang kepada kita walaupun kita tidak pernah kenal mereka siapa. Yang pasti ianya mestilah senyuman yang ikhlas.
Renungkan dan fikir-fikirkanlah.
SEKIAN. 

10 comments:

  1. Assalamualaikum Pn Paridah....saya ni antara yg serius...payah gak nak senyum....tetapi cuba juga sentiasa senyum....hehehe

    ReplyDelete
  2. wsalam fida..wajah serius lbh manis dgn senyuman spontan...tq

    ReplyDelete
  3. Subhanallah...betul kak...setuju...biarpun mungkin kecil tapi besar impaknya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. PADA ANGGAPAN KITA MUNGKIN HANYA SUMBANGAN KECIL TAPI KITA XTAHU PERTIMBANGAN ALLAH...TQ PC.

      Delete
  4. Semalam, jumaat...anak murid saya masukkan rm1 dlm tabung sekolah..

    ReplyDelete
  5. Semalam, jumaat...anak murid saya masukkan rm1 dlm tabung sekolah..

    ReplyDelete
  6. WAH PEMURANYA DIA SYUKUR ALHAMDULILLAH...TQ NOR

    ReplyDelete
  7. betul tu kak PI.. wawa senyum niii...hihi

    ReplyDelete
  8. WAH TERSENYUM MANIS WAWA..TQ

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist